NAMA kapten Negeri Sembilan FC (NSFC), Takumi Sasaki kini menjadi perhatian selepas muncul laporan bahawa kontraknya bersama skuad Jang bakal tamat dan menarik minat beberapa pasukan Liga Super.
Menerusi perkongsian di laman Facebook milik State of Nine FC, pemain tengah kelahiran Jepun itu dikatakan sedang dipantau beberapa kelab dalam saingan Liga Malaysia.
“Bukan sahaja Mio Tsuneyasu, tetapi Takumi Sasaki juga kontraknya akan tamat nanti dan akan melihat segala kemungkinan pada Januari.
BACA LAGI: [VIDEO] Padang berlopak ganggu 'game', pemain PERR ATM terpaksa cedok air sebelum sepakan penalti
BACA LAGI: [VIDEO] 'Karier naik turun jadi pengajaran', Luqman Hakim akui tak terlambat buktikan prestasi

Sasaki dilaporkan berjaya menarik minat beberapa kelab Liga Super.
"Difahamkan ada pasukan Liga Super yang mahukan dia juga, tapi saya rahsiakan dulu,” menurut perkongsian tersebut.
Perkembangan itu mencetuskan reaksi penyokong NSFC yang berharap pengurusan kelab bertindak segera mengikat semula tonggak utama itu sebelum jendela perpindahan dibuka tahun depan.
“Aku harap pengurusan akan fight untuk kekalkan Sasaki dalam pasukan, sama juga dengan Mio,” kata Zakie Zailani.
“Sepatutnya pihak NSFC kena cepat sain Takumi Sasaki kalau nak guna dia dalam Liga Malaysia 2026, jangan tunggu kontrak habis baru terhegeh-hegeh nak sain,” kata Noorabdulaziz.
“Jaga dia ini, perjalanan dia berama NSFC sebenarnya menyedihkan, dari kedudukan bawah tapi dia tetap setia sampai sekarang ini, dia layak jadi kapten,” kata Mohd Safuan Razali.
Namun begitu, semakan terkini di laman Transfermarkt mendapati kontrak Sasaki sebenarnya masih berbaki panjang dan hanya akan berakhir pada 31 Mei 2026, sekali gus memberi ruang kepada NSFC untuk menilai langkah seterusnya mengenai masa depan pemain itu.
Untuk rekod, Sasaki telah merekodkan empat hantaran bantuan selain lapan kali turun menggalas tugas selaku kapten skuad Jang. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
