[VIDEO] Suami isteri maut, bayi 6 bulan cedera nahas di Kota Tinggi


  • Kes
  • Ahad, 16 Nov 2025

Tangkap layar menunjukkan keadaan Perodua Myvi yang hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan lalu berlanggar dengan lori sawit tanpa muatan. — Facebook

SEPASANG suami isteri maut, manakala bayi mereka cedera selepas Perodua Myvi dinaiki terlibat dalam nahas tiga kenderaan di kilometer 54.5 Jalan Sungai Rengit–Kota Tinggi, Johor pada Ahad.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 tengah hari, mangsa, Muhamad Lokmanorhakim Mokhtar, 24, dan isteri, Nur Fatihah Othman, 28, maut di lokasi akibat kecederaan parah di kepala.

Anak mereka, Nur Laylaa Batrysha berusia enam bulan mengalami kecederaan di bahagian kepala dan kini menerima rawatan di Hospital Kota Tinggi.

BACA LAGI: Tragedi UPSI: Lesen pengendali bas syarikat pelancongan dibatalkan, penumpang kena ambil tahu

BACA LAGI: [VIDEO] Mangsa kes tembak di stesen minyak Klang dikenal pasti individu dikehendaki polis

Mangsa, Muhamad Lokmanorhakim Mokhtar, 24, dan isteri, Nur Fatihah Othman, 28, maut di lokasi akibat kecederaan parah di kepala. — Facebook

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Yusof Othman berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kemalangan itu kira-kira pukul 1.30 petang membabitkan Perodua Myvi mangsa, Toyota Vios dan lori Hino.

“Siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila Perodua Myvi hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan lalu berlanggar dengan lori sawit tanpa muatan.

"Serpihan kemalangan turut terkena sebuah Toyota Vios yang melalui kawasan tersebut," katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Yusof, pemandu lori berusia 47 tahun hanya mengalami kecederaan ringan, manakala pemandu Toyota Vios berusia 46 tahun tidak cedera.

Jelas beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram