MALAYSIA Airports Holdings Bhd (MAHB) mengesahkan beberapa bahagian Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, Selangor mengalami kebocoran susulan hujan ribut pada Jumaat.
MAHB dalam kenyataan memaklumkan pasukan kejuruteraan, operasi dan keselamatan telah digerakkan untuk menangani situasi berkenaan sambil mengutamakan keselamatan penumpang, usaha pembendungan dan perlindungan sistem elektrik.
BACA LAGI: Tergesa-gesa kejar 'flight'? Tenang, ada 3 'hidden gem' di KLIA yang mungkin anda terlepas pandang
BACA LAGI: Solidariti Farah Lee di KLIA guna baju-T putih sebagai hijab dianggap kurang sesuai, bukan darurat
This is KLIA. pic.twitter.com/v7qaj9tU1q
—ev.(@eeevst) November 14, 2025
"Kami berhubung rapat dengan rakan kongsi untuk meminimumkan sebarang impak terhadap operasi," katanya.
Menurut MAHB cuaca ekstrem dijangka berterusan hingga 6 petang ini dan langkah pemantauan dipertingkatkan telah dilaksanakan.
Terdahulu, klip video berdurasi 26 saat yang menunjukkan berlakunya kebocoran dipercayai di balai berlepas terminal itu tular di media sosial. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
