Atasi kategori emas, baju sejuk wanita dominasi jualan 9.9 Lazada Malaysia tahun ini


  • Bisnes
  • Selasa, 04 Nov 2025

Ramai pengguna membeli kelengkapan musim sejuk khususnya pakaian seperti jaket bulu, parka dan kot tebal di platform e-dagang seperti Lazada. — Gambar hiasan

WALAUPUN Malaysia beriklim tropika, pakaian musim sejuk wanita ternyata menjadi kategori paling laris dibeli rakyat di negara ini semasa jualan mega Lazada 9.9 tahun ini.

Menerusi perkongsian dalam sesi taklimat syarikat e-dagang itu pada Selasa, Lazada memaklumkan bahawa pakaian musim sejuk wanita mengatasi kategori lain seperti barangan runcit, lampin pakai buang dan barangan kemas.

Ini kerana, menjelang akhir tahun, ramai rakyat Malaysia nampaknya sudah mula bersiap untuk bercuti di negara-negara yang mengalami musim sejuk.

BACA LAGI: Trend beli-belah online cecah RM625 bilion, Lazada tampil 'deal' paling manis menjelang kempen jualan 11.11

BACA LAGI: Ramai tak tahu, e-Rebat cecah RM400 beli peti sejuk, penyaman udara baharu menerusi NUR: Domestik

The progress of Penang Airport to double its handling capacity to 12 million passengers.( October 29, 2025 ) — LIM BENG TATT/The Star

Ramai rakyat Malaysia melancong ke luar negara khususnya negara beriklim sejuk pada hujung tahun. — Gambar hiasan/ The Star

Justeru, ramai pengguna membeli kelengkapan musim sejuk khususnya pakaian seperti jaket bulu, parka dan kot tebal (winter coat) secara dalam talian di platform e-dagang seperti Lazada.

Trend itu juga sekali gus mencerminkan peningkatan minat rakyat Malaysia untuk melancong ke destinasi luar negara menjelang musim cuti hujung tahun, terutama ke negara empat musim.

Sementara itu, menerusi kempen jualan 9.9 baru-baru ini juga, rakan beli-belah maya Lazada iaitu AI Lazzie membantu rakyat Malaysia mencari produk sesuai dengan gaya hidup mereka, membuat perbandingan pantas dan membeli-belah dengan lebih yakin.

AI Lazzie membantu meningkatkan pesanan sebanyak 36 peratus dan interaksi pembeli sebanyak 34 peratus, sekali gus menunjukkan pengguna Malaysia menghargai pengalaman beli-belah yang pintar dan mesra pengguna.

Menjelang kempen jualan seterusnya, 11.11, Lazada memperkenalkan rangkaian lima ejen AI pintar yang akan berfungsi secara serentak bagi memastikan setiap pengalaman beli-belah lebih lancar dan boleh dipercayai.

Majlis pelancaran kempen Jualan Mega 11.11 Lazada di Lazada Bangsar South, Kuala Lumpur pada Selasa.

AI Lazzie akan bertindak sebagai rakan beli-belah peribadi yang membantu pengguna mencari produk sesuai untuk gaya hidup mereka, membuat perbandingan serta-merta dan melengkapkan pembelian dengan yakin.

Selain itu, empat ejen AI lain akan berfungsi di sebalik tabir meliputi ejen pemulangan (refund agent), ejen logistik, ejen penyenaraian produk dan ejen pemasaran.

Ejen pemulangan - mengurus proses pemulangan dan perkhidmatan selepas jualan dengan lebih pantas serta adil

Ejen logistik - mengemas kini maklumat penghantaran secara masa nyata (real-time) supaya pelanggan sentiasa mengetahui status penghantaran pesanan mereka

Ejen penyenaraian produk - memastikan halaman produk lebih teratur, jelas dan mudah dilayari

Ejen pemasaran - menyusun tawaran yang disesuaikan dengan cita rasa, masa dan tabiat pembelian pelanggan

Pada masa sama, platform e-dagang itu menjangkakan permintaan terhadap barangan gaya hidup, fesyen dan pelancongan akan terus meningkat menjelang kempen jualan seterusnya, 11.11 yang dijadual berlangsung tidak lama lagi. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram