Gegas lari dalam 'airport' nak rakam momen manis, Erika teruja lukisannya gah hiasi pesawat Boeing 737-800NG


  • Sukses
  • Khamis, 13 Nov 2025

Hasil sentuhan tangan kreatif Erika yang dilukis pada padan pesawat Garuda Indonesia pada Ogos lalu. — Agensi

BUKAN sekadar berfungsi sebagai alat pengangkutan untuk menghubungkan destinasi, pesawat kini mampu menjadi medium ekspresi seni dan identiti bagi sesebuah negara.

Ia terbukti selepas satu kolaboratif istimewa bersama artisan wanita muda berbakat, Erika Richardo yang memberi wajah baharu pada pesawat Boeing 737-800NG milik Garuda Indonesia.

Hasil tangan kreatifnya sekali gus menampilkan keindahan dan kemegahan budaya Nusantara.

BACA LAGI: Wanita trauma dicabul lelaki tak dikenali ketika pulang kerja di Nilai, pelaku sasar kawasan tiada CCTV

BACA LAGI: Terduduk lepas dibebani hutang, isteri kaki shopping sedar hikmah dapat suami 'kedekut', jodoh tak sekufu

Karya Erika berdiri megah pada badan pesawat Garuda Indonesia. — Agensi

Selain menjadi simbolik sempena ulang tahun ke-80 Kemerdekaan Republik Indonesia, ia turut menonjolkan kreativiti anak muda yang mampu mengangkat martabat seni serta budaya bangsa ke peringkat antarabangsa.

Garuda Indonesia secara rasmi melancarkan pesawat dengan hiasan hasil karya Erika pada 17 Ogos lalu.

Terdapat beberapa potret 'Dedare' yang bermaksud gadis dalam bahasa Sasak, Lombok yang lengkap berbusana mengikut adat tradisional.

Lukisan tersebut juga melambangkan kebersamaan dalam kepelbagaian budaya Indonesia terutama dari Lombok hingga ke Papua.

Proses menghasilkan karya tersebut juga memerlukan ketelitian luar biasa.

Justeru, Erika bersama pasukannya berusaha untuk menyempurnakan lukisan yang bukan sekadar cantik dipandang, tetapi sarat dengan makna.

Selain 'Derade', pesawat itu turut menampilkan watak-watak dari suku Bali, Jawa dan Papua yang disatukan dalam tema 'Connecting People'.

Melihat hasil kerja kerasnya itu terbang di udara, Erika berkesempatan berkongsi momen mengharukan ketika tiba di lapangan terbang baru-baru ini.

"Pertama kali tengok pesawat yang aku lukis sendiri," tulisnya.

Siapa Erika Richardo

Lahir di Jakarta pada 2 Jun 2002, Erika Richardo, 23, bukanlah nama asing terutama dalam dunia seni digital.

Dengan jutaan pengikut di Instagram, TikTok, dan YouTube, Erika dikenali kerana gaya lukisannya yang unik dan berani.

Antara pencapaian yang pernah diraihnya termasuk Rising Star of The Year (2022) dan Creator of The Year (2024) pada TikTok Awards Indonesia.

Namun, di sebalik populariti itu, Erika juga mendirikan Rumah Lukis Indonesia, sebuah inisiatif yang menyediakan ruang dan peralatan melukis untuk kanak-kanak serta komuniti kurang berkemampuan.

Erika dikenali dengan gaya lukisan yang berani dan unik. — Agensi

Erika turut sering berkongsi kisah perjalanannya bersama rakan seperjuangannya, Jerhemy Owen, aktivis yang berjuang membantu menyelamatkan alam sekitar.

"Lima tahun lalu, kita mula berkarya sendiri, Owen berkarya tentang kuliahnya di Belanda dan saya buat video melukis.

"Tahun demi tahun kita lewati sampai akhirnya masing-masing dapat buat projek besar.

"Kita tak pernah terfikir untuk hasilkan karya besar berdua.

"Tetapi setelah tujuh tahun kita bersama, kita ambik keputusan untuk melakukan karya bersama," katanya di Instagram baru-baru ini.

Erika dan Owen dikhabarkan sedang menjalinkan hubungan cinta sejak beberapa tahun lalu sehingga kini.

Pasangan itu juga giat melakukan kolaborasi dalam setiap projek besar yang diterima mereka. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram