[VIDEO] Suami maut nahas lepas patah balik ambil susu anak, kempunan sotong goreng kunyit terakhir masakan isteri


  • Tular
  • Khamis, 06 Nov 2025

Wanita itu memuat naik beberapa gambar dan tangkapan skrin yang menceritakan detik terakhir bersama arwah suaminya, Muhammad Amir.

 

 

ISTERI mana yang tidak sedih apabila mendapat khabar berita suami tersayang meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan pulang dari tempat kerja.

Dalam dua hantaran berbeza di platform berkenaan, perkongsian pengguna Threads Whymas_, memuat naik beberapa gambar dan tangkap layar perbualannya bersama arwah suaminya iaitu Muhammad Amir.

Wanita berkenaan berkongsi bahawa arwah suaminya tersebut terbabit dalam nahas selepas patah balik untuk mengambil susu anak mereka yang tertinggal di tempat kerja.

BACA LAGI: [VIDEO] Cubaan curi kabel disyaki punca gangguan operasi MRT laluan Putrajaya

BACA LAGI: Sokongan MPOGCF bantu TDM pantau pergerakan gajah liar guna kolar khas

Dalam hantaran tersebut juga, Whymas_ memohon agar orang ramai mendoakan kekuatan untuk dirinya dan anak mereka yang baru berusia 10 bulan.

"Awak dah balik kerja sayang tapi awak patah balik tempat kerja sebab tertinggal susu anak dekat tempat kerja. Al-Fatihah sayangku Muhammad Amir. Satu tahun 10 bulan ALLAH pinjamkan awak buat saya dan anak.

"Doakan saya kuat tau dengan anak saya yang baru 10 bulan," katanya memetik hantaran di laman Threads.

Lebih menyentuh perasaan, wanita itu mendedahkan bahawa sebelum kejadian, arwah sempat meminta dia memasak ayam goreng kunyit hidangan kegemarannyam namun permintaan itu menjadi memori terakhir mereka bersama.

"Suami saya minta masak ayam goreng kunyit. Saya masakkan lah, lepas tu saya tunggu suami balik kerja. Nak tahu tak apa jadi.

"Suami saya tak nak jamah pun makanan saya. Dah lah nasi siap masak, rupanya suami saya tak makan sebab...syahid waktu balik kerja," tambahnya sambil memuat naik foto masakan soteng goreng kunyit.

Tambah wanita berkenaan, sehari sebelum kejadian dia dan Allahyarham sempat menghabiskan masa bersama di klinik kerana anak kecil mereka tidak sihat.

"Kelmarin anak saya tak sihat dan kami di klinik sangat lama. Rupanya itulah spend time terakhir kami di klinik,” tulisnya.

Lebih menyayat hati, wanita itu turut memaklumkan bahawa arwah suaminya meninggal dunia di tempat kejadian dengan keadaan wajah dan barangan peribadi dipenuhi tumpahan susu anak yang dibawanya ketika nahas berlaku.

"Sedekahkan Al-Fatihah buat suami saya tau. Suami saya meninggal di tempat kejadian. Muka dan barang suami saya penuh dengan tumpahan susu anak. Alhamdulillah suami saya kemalangan tapi keadaan sempurna seperti tidur," jelasnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram