Para isteri kongsi momen suami selamba daftar nama anak tanpa bincang, tahu-tahu sijil lahir sudah siap


  • Bonda
  • Rabu, 05 Nov 2025

Wanita berkenaan berkongsi gelagat suaminya yang mendaftarkan nama anak tanpa perbincangan bersama terlebih dahulu. — Gambar hiasan/Janaan AI

SALAH satu perkara penting sejurus selepas menimang cahaya mata adalah pemilihan nama anak.

Ia menjadi antara perkara yang paling dinanti-nantikan oleh pasangan, terutamanya dengan kehadiran pelbagai nama unik masa kini.

Walaupun biasanya nama dipilih berdasarkan persetujuan bersama suami dan isteri, ada situasi di mana suami mendaftarkan nama anak tanpa perbincangan terlebih dahulu.

BACA LAGI: 'Beli powerbank mahal ingatkan selamat', wanita trauma alat dicas tiba-tiba meletup macam bom, lengan melecur

BACA LAGI: Terus insaf lepas dengar isteri izin nikah lagi, pelakon Meor Mohd kongsi 'manisnya' bercinta lepas kahwin

Situasi tersebut didedahkan oleh seorang pengguna Threads yang berkongsi gelagat suaminya yang bertindak mendaftarkan nama anak secara sendiri. Beliau menyifatkan suaminya sebagai seorang yang amat mudah.

"Semasa saya hamil, suami pernah cakap, ‘awak mengandung je, pemeriksaan kesihatan jangan pernah tinggal, makan vitamin, push baby elok-elok, yang lain saya fikir.’

"Sampai nama anak pun dia daftar kelahiran. Balik-balik dia tunjuk sijil sambil berkata, ‘nah, nama anak kita’. Semudah itu beliau. Benda pun dah daftar, enjoy sajalah," kongsi @deeharris.

Ruangan komen pada hantaran itu dibanjiri oleh para isteri yang turut berkongsi pengalaman sama.

Apa yang menghiburkan, ada juga di antara mereka yang enggan meletakkan sepenuhnya kepercayaan kepada suami berkaitan pemilihan nama anak kerana risau nama yang pelik dipilih.

"Saya pula tak tahu nak letak nama apa sejak hamil lagi. Ikutkan nak nama pendek. Tahu-tahu ayahnya dah daftar. Mengucap saya tengok nama anak dekat sijil sebab agak panjang bagi saya," kata @fara_syazwani.

Sementara itu, seorang wanita berkongsi pengalaman serupa yang pernah dilakukan oleh ayahnya sendiri.

"Macam ayah saya. Pergi daftar nama anak kembar tak bincang. Balik-balik bawa surat beranak nama anak Adam dan Hawa," ujar @dayah_lukis.

"Suami saya guna kuasa veto dia ketika anak kedua kami lahir. Dia pendekkan nama anak yang saya beri. Nasib baik yang itu senang bersalin," kata @iera_wawa.

Lebih menarik, ada suami yang mengambil masa sehingga sebulan untuk mencari nama anak.

"Beranak pun dah banyak cabaran. Lepas itu nak daftar nama anak tunggu suami carikan nama lebih sebulan. Hari-hari dia Google, tanya ChatGPT, cari kat Facebook, TikTok," kata @izsss_zatty93.

Ada juga pengalaman berbeza yang menceritakan suami mengambil alih hampir semua urusan selepas kelahiran.

"Suami cakap, 'awak mengandung, beranak dengan susukan anak je. Lain-lain saya uruskan.'

Memang selepas bersalin, semua tugas tukar lampin, mandikan anak, basuh berak anak, semua dia uruskan.

"Anak dah masuk pra-sekolah pun, baju sekolah dia yang uruskan. Yang saya buat cuma fikir nama je. Mix and match, suami lengkapkan sebelum daftar kelahiran, " cerita @fazziraismail. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram