SUBJEK baharu, Alam dan Manusia: Pembelajaran Bersepadu (Dunia dan Kemanusiaan: Pembelajaran Bersepadu), akan diperkenalkan untuk murid Tahap Satu di bawah Kurikulum Sekolah 2027.
Subjek itu akan menggantikan mata pelajaran Sains, Pendidikan Kesihatan, Pendidikan Seni Visual dan Pendidikan Muzik sedia ada.
Dalam satu hantaran di Facebook pada Khamis, Kementerian Pendidikan memaklumkan bahawa subjek baharu berkenaan bertujuan mengintegrasikan pelbagai disiplin, termasuk sains, kesihatan, muzik, seni visual, pendidikan dan latihan teknikal serta vokasional (TVET) dan celik digital.
BACA LAGI: KPM tubuh jawatankuasa khas siasat kes murid maut ditikam di sekolah di Bandar Utama
BACA LAGI: Murid bergejala influenza dinasihatkan berehat di asrama, rumah — KPM
Kementerian menjelaskan bahawa tumpuan utama di Tahap Satu (Tahun Satu, Dua dan Tiga) adalah untuk memastikan murid menguasai kemahiran literasi dan numerasi (3M: membaca, menulis dan mengira) serta pembentukan sahsiah.
Oleh itu, hanya bilangan minimum mata pelajaran akan diajar bagi membolehkan murid membangunkan kemahiran asas dengan lebih kukuh.
Subjek tersebut akan diajar melalui pendekatan pengajaran bersama (co-teaching), di mana dua orang guru akan mengajar serentak dalam bilik darjah yang sama.
"Pengajaran bersama melibatkan perancangan, pengajaran dan pentaksiran secara kolaboratif.
"Kaedah ini menyokong keperluan pembelajaran individu murid, memperbaiki pengurusan bilik darjah bagi pengalaman pembelajaran yang lebih berkualiti, serta mengukuhkan sifat multidisiplin subjek ini dengan membolehkan guru saling melengkapi kekuatan masing-masing," jelas kenyataan itu. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
