Rupanya masih ramai tak tahu, golongan B40 boleh jimat hingga RM500 mohon lesen motosikal percuma


  • Massa
  • Rabu, 05 Nov 2025

Anak muda kini boleh memiliki lesen motosikal B2 secara percuma menerusi Program MyLesen B2, inisiatif khas kerajaan bagi membantu golongan B40. — Gambar Hiasan

DALAM usaha membantu rakyat menghadapi tekanan kos sara hidup, kerajaan terus komited menyediakan pelbagai bentuk bantuan dan inisiatif bagi meringankan beban masyarakat, khususnya golongan muda serta keluarga berpendapatan rendah (B40).

Daripada bantuan tunai, subsidi bersasar hinggalah kepada peluang latihan kemahiran, semuanya dirangka bagi memastikan tiada golongan yang tercicir dalam arus pembangunan negara.

Minggu lalu, ketika saya pulang ke kampung halaman di Sri Aman, Sarawak atas urusan keluarga, seperti biasa aktiviti yang tidak pernah saya tinggalkan ialah duduk berbual di kedai kopi bersama rakan-rakan lama.

BACA LAGI : [VIDEO] 'Saya berjanji tiada lagi gimik berunsur keganasan,' Yusuf Azmi mohon maaf insiden babit peserta bawah umur

BACA LAGI : Ramai tak tahu, e-Rebat cecah RM400 beli peti sejuk, penyaman udara baharu menerusi NUR: Domestik

Dalam suasana santai itu, pelbagai topik dibincangkan daripada isu harga barang, keadaan ekonomi, hinggalah cerita tentang anak-anak muda yang baru menjejak alam pekerjaan.

Namun, satu perkara menarik perhatian saya apabila ada yang menyebut tentang Program MyLesen B2, iaitu inisiatif kerajaan yang membolehkan rakyat memperoleh lesen motosikal secara percuma.

Kos untuk mendapatkan lesen memandu kelas B2 boleh mencecah RM350 hingga RM550 bergantung kepada kawasan. — Gambar Hiasan

Kos untuk mendapatkan lesen memandu kelas B2 boleh mencecah RM350 hingga RM550 bergantung kepada kawasan. — Gambar Hiasan

Seorang rakan saya, Alex, berkongsi kisah anak saudaranya berusia 18 tahun yang baru-baru ini memohon lesen motosikal melalui Program MyLesen B2.

Apa yang mengejutkan, ramai dalam kalangan kami sebenarnya tidak mengetahui tentang program tersebut.

Sedangkan ia satu peluang besar, khususnya buat golongan muda dan keluarga B40, untuk mendapatkan lesen motosikal tanpa perlu mengeluarkan belanja sendiri.

Dalam keadaan kos sara hidup yang semakin meningkat, program seperti itu sepatutnya diberi perhatian serius kerana ia secara langsung membantu meringankan beban rakyat, terutama mereka yang menggunakan motosikal sebagai kenderaan utama ke sekolah, tempat kerja atau mencari rezeki.

Jika diambil kira harga pasaran, mendapatkan lesen motosikal kelas B2 biasanya menelan kos antara RM450 hingga RM550. 

Menurut Alex, syaratnya juga amat mudah terbuka kepada golongan B40 dan tanggungan mereka yang berumur antara 16 hingga 35 tahun serta warganegara Malaysia.

Alangkah bagusnya jika ketika zaman saya belajar di universiti dahulu sudah ada program sebegini. 

Pasti ramai yang tidak lagi menggunakan ‘lesen terbang’ 10 tahun yang lalu.

Program MyLesen B2, iaitu inisiatif kerajaan yang membolehkan rakyat memperoleh lesen motosikal secara percuma.

Bayangkan, semua kos termasuk yuran pembelajaran, latihan, dan ujian memandu ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan. Semuanya percuma, tanpa sebarang caj tersembunyi.

Bagi mereka yang berkemampuan, mungkin inisiatif ini tampak kecil, tetapi bagi golongan kurang berkemampuan, ia sangat besar ertinya satu peluang yang benar-benar membantu rakyat.

Program ini juga amat bertepatan dengan keadaan semasa, terutamanya selepas pelaksanaan subsidi bersasar RON95, kerana dengan adanya lesen yang sah, penunggang motosikal bukan sahaja mematuhi undang-undang, malah lebih peka terhadap keselamatan diri serta pengguna jalan raya lain.

Permohonan boleh dibuat di setiap negeri melalui saluran rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) atau pusat memandu yang mengambil bahagian atau layari laman web https://ihsanmadani.gov.my/inisiatif/pengangkutan/program-mylesen-b2.

Usaha kerajaan ini wajar dipuji kerana bukan sahaja mengurangkan beban kewangan rakyat, tetapi turut melahirkan lebih ramai pengguna jalan raya yang berdisiplin dan berlesen. — Majoriti

Daryll Adrian merupakan seorang anak Sarawak yang bermastautin awam di Subang Jaya, Selangor

*Ini merupakan pandangan penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian Majoriti*

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram