Kematian pempengaruh Taiwan disyaki ada kaitan dengan penyanyi rap kini diklasifikasikan kes bunuh


  • Kes
  • Selasa, 04 Nov 2025

Fadil Marsus mengesahkan kematian Iris Hsieh (gambar kecil) dari Taiwan yang ditemui mati di sebuah bilik hotel di ibu negara pada 22 Oktober lalu kini diklasifikasikan semula sebagai kes bunuh.

 

KES kematian seorang pempengaruh (influencer) wanita dari Taiwan yang ditemui mati di sebuah bilik hotel di ibu negara pada 22 Oktober lalu kini diklasifikasikan semula sebagai kes bunuh.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Komisioner Datuk Fadil Marsus berkata, pada awalnya kes berkenaan disiasat sebagai kematian mengejut.

"Mayat wanita berkenaan ditemui pada 22 Oktober lalu. Ia pada mulanya diklasifikasikan sebagai kematian mengejut, namun kini diklasifikasi semula di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya ketika dihubungi pada Selasa.

BACA LAGI: [VIDEO] Biarpun sekadar janaan AI, pelajar terlalu bergantung ChatGPT buat pensyarah 'meletup'

BACA LAGI: [VIDEO] 'Budak sekolah mereka kena ajar adab, hormat', Safee Sali sokong Jojo 'sound' penganjur WWC tak dapat kelulusan KBS

Sementara itu, penyanyi rap terkenal Malaysia, Namewee pada 2 November menafikan dakwaan kononnya dia terlibat dalam kes kematian influencer berkenaan yang dikenali sebagai Iris Hsieh.

namewee. pic from he's IG

Namewee menjelaskan dia tidak pernah mengambil dadah atau terlibat dengan sebarang aktiviti terlarang seperti yang didakwa dalam beberapa laporan tidak berasas.

Menerusi satu hantaran di Instagram, Namewee menjelaskan dia tidak pernah mengambil dadah atau terlibat dengan sebarang aktiviti terlarang seperti yang didakwa dalam beberapa laporan tidak berasas.

"Saya tidak ambil dadah dan tidak bawa apa-apa bahan terlarang. Cuma mungkin akhir-akhir ini saya minum lebih sedikit.

"Percaya atau tidak, kebenaran akan terungkai apabila laporan polis dikeluarkan dalam dua atau tiga bulan lagi," tulisnya dalam bahasa Cina seperti dilaporkan Sin Chew Daily.

Difahamkan, Iris Hsieh ditemui tidak bernyawa di dalam tab mandi sebuah hotel di Kuala Lumpur sebelum polis menjalankan siasatan lanjut. —The Star/FARIK ZOLKEPLI

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram