[VIDEO] Ultras Nogori 9 tampal stiker di pesawat undang bahaya, wajib dikenakan tindakan tegas


  • Podium
  • Selasa, 04 Nov 2025

Penyokong tegar pasukan Negeri Sembilan dikecam hebat selepas tindakan mereka menampal pelekat pasukan di badan sebuah kapal terbang tular di media sosial

 

SETIAP negeri mempunyai penyokong tegar bola sepaknya yang tersendiri. Ada yang menunjukkan semangat luar biasa dengan sorakan dan kibaran bendera, namun ada juga yang keterlaluan hingga menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan orang ramai.

Begitulah yang berlaku baru-baru ini apabila sekumpulan penyokong tegar pasukan Negeri Sembilan dikecam hebat selepas tindakan mereka menampal pelekat pasukan di badan sebuah kapal terbang tular di media sosial.

Video berdurasi beberapa saat yang dikongsi oleh akaun TRAVEL JIMAT di laman Threads pada Selasa itu memaparkan sekumpulan penyokong dipercayai sedang masuk ke kapal terbang sambil salah seorang daripada mereka dilihat menampal pelekat berlogo pasukan di tepi pintu pesawat.

BACA LAGI: [VIDEO] 'Budak sekolah mereka kena ajar adab, hormat', Safee Sali sokong Jojo 'sound' penganjur WWC tak dapat kelulusan KBS

BACA LAGI: Bagaikan hilang 'taring', 2 bekas penggempur HM belum berjaya ledak gol untuk kelab masing-masing di Liga M

"Harap syarikat penerbangan ambil tindakan tegas dengan orang macam ini," tulis akaun tersebut ringkas dalam hantaran itu.

Bagaimanapun, tarikh dan lokasi sebenar kejadian tidak dinyatakan.

Tindakan itu bagaimanapun mencetuskan kemarahan ramai kerana disifatkan tidak bertanggungjawab dan berpotensi menjejaskan keselamatan penerbangan.

 

 

 

Dalam ruangan komen, rata-rata pengguna menegur dan mengecam tindakan tersebut.

Seorang pengguna Threads @its_me_ainaparkeeza_., tindakan itu boleh mendatangkan bahaya kepada pesawat jika pelekat tersebut terlekat di bahagian sensitif.

"Kalau yang tampal ni pernah tengok dokumentari tentang kapal terhempas sebab satu stiker tertinggal di badan pesawat, mesti dia tak buat,” tulisnya.

Sementara itu, seorang lagi pengguna, @farisfoxz menyifatkan tindakan itu memalukan imej penyokong Negeri Sembilan.

"Memalukan waghih Negeri Sembilan jo… acah-acah hooligan," katanya.

Ada juga yang mengulas dengan nada sindiran, menegur supaya penyokong berkenaan berfikir sebelum bertindak.

"Stiker bukan dibuat untuk ditampal tepi kapal terbang. Kalau stiker itu terkopek masuk dalam turbine dah satu hal mati semua penumpang," tulis @shkr.bky.

Sehingga kini, belum ada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan oleh syarikat penerbangan terbabit mengenai tindakan lanjut terhadap insiden berkenaan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram