Trend beli-belah online cecah RM625 bilion, Lazada tampil 'deal' paling manis menjelang kempen jualan 11.11


  • Bisnes
  • Selasa, 04 Nov 2025

Majlis pelancaran kempen Jualan Mega 11.11 Lazada di Bangsar South, Kuala Lumpur pada Selasa.

LAZADA Malaysia (Lazada) kembali dengan kempen Jualan Mega 11.11 bertemakan 'Tawaran Jenama Paling Manis Tahun Ini' dengan unjuran positif berdasarkan trend perbelanjaan online yang semakin meningkat dengan jumlah RM625 bilion setakat Jun 2025.

Angka itu menunjukkan peningkatan RM13.5 bilion berbanding tempoh sama dari Januari hingga Jun, tahun lalu.

Menerusi kempen kali ini, Lazada memfokuskan kepada ketulenan jenama, inovasi pintar dan ketenangan dalam setiap transaksi beli-belah.

BACA LAGI: Ramai tak tahu, e-Rebat cecah RM400 beli peti sejuk, penyaman udara baharu menerusi NUR: Domestik

BACA LAGI: Ingat guna Brunei dolar harga makanan mahal, rupa-rupanya lagi berbaloi dari 'food fest overrated’

Rakan media melihat sendiri secara dekat barangan yang dijual di platform Lazada ketika sesi pengenalan Lazada Playhouse di Bangsar pada Selasa.

Ketua Pegawai Eksekutif Lazada Malaysia, Kaya Qin berkata, Lazada menampilkan jutaan jenama antarabangsa dan tempatan sekali gus mengukuhkan kedudukan LazMall sebagai destinasi utama untuk jenama tulen dan nilai terunggul.

"Untuk kempen Jualan Mega 11.11 kali ini, kami ingin menunjukkan bahawa rakyat Malaysia boleh menikmati kualiti yang terbaik dan pada masa sama memiliki keyakinan dalam setiap produk yang dipasarkan di LazMall.

"Setiap produk di LazMall menampilkan tanda pengesahan rasmi LazMall, beserta jaminan ketulenan, waranti yang jelas, pembayaran selamat dan pilihan pemulangan yang mudah termasuk Polisi Tukar Fikiran (Change-of-Mind) bagi produk berkaitan," katanya kepada media pada sesi pengenalan Lazada Playhouse di Bangsar pada Selasa.

Lazada turut menjamin setiap pembelian di LazMall dengan bayaran balik sehingga lima kali ganda sekiranya produk yang dibeli di LazMall didapati tiruan, sekali gus menjadikannya antara perlindungan pengguna paling kukuh di Asia Tenggara.

Sementara itu, Ketua Operasi Am Lazada Malaysia, Kevin Yap berkata, trend promosi harga murah semata-mata kini semakin kehilangan tarikan memandangkan pengguna di Malaysia semakin bijak menilai.

Oleh itu, katanya, Lazada kini memberi tumpuan kepada tadbir urus jenama, inovasi AI dan jaminan kualiti bagi membina kepercayaan dan kesetiaan jangka panjang.

"Di Lazada, rakan beli-belah maya iaitu AI Lazzie membantu rakyat Malaysia mencari produk sesuai dengan gaya hidup mereka, membuat perbandingan pantas dan membeli-belah dengan lebih yakin," katanya.

Bagi  kempen Jualan Mega 11.11, orang ramai boleh membeli-belah pelbagai barangan terpilih daripada kategori fesyen, ibu dan bayi, barangan elektrik dan elektronik, barangan keperluan asas serta makanan haiwan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram