SELEPAS lebih setahun, pemain Johor Darul Ta'zim (JDT), Syahmi Safari kembali semula ke padang untuk beraksi.
Terpaksa berehat panjang selama 414 hari kerana kecederaan serius dialaminya, pertahanan kanan itu gembira apabila mendapat beraksi semula walaupun sekadar sebagai pemain simpanan.
Syahmi mengucapkan rasa syukur selepas kembali semula ke padang rentetan kecederaan serius yang dialaminya.
BACA LAGI: 'Prestasi macam terbantut di Selangor, nak tunggu apa lagi Aliff Haiqal?'
BACA LAGI: Masih di Malaysia, pemain warisan setia menanti keputusan rayuan FIFA

Syahmi (lima dari kanan) merupakan antara pemain gantian JDT II semasa berdepan Armed Forces. — Johor Southern Tigers
"ALHAMDULILLAH, selepas 414 hari," katanya menerusi Instagram Story.
Syahmi turun sebagai pemain gantian buat skuad JDT II yang beraksi bertemu Armed Forces dalam saingan Liga A1 Semi-Pro.
Perlawanan yang diadakan di Stadium Majlis Bandaraya Pasir Gudang itu berakhir dengan keputusan seri 2-2.
Walaupun hanya beraksi untuk seketika, Syahmi jelas gembira dapat kembali ke padang dengan harapan mendapat semula rentaknya dan menyertai skuad utama JDT.
Ia juga satu berita baik buat skuad Harimau Malaya kerana dengan kembalinya Syahmi, ia memberikan lebih banyak pilihan untuk pemain di pertahanan kanan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
