[VIDEO] Transformer rosak punca pasar raya meletup di Mexico, 23 termasuk kanak-kanak terkorban


  • Benua
  • Ahad, 02 Nov 2025

Letupan yang berlaku mengorbankan 23 mangsa.

AKIBAT masalah teknikal kepada alat elektrik, sebuah pasar raya di Mexico meletup dan mengorbankan sekurang-kurangnya 23 mangsa.

Dalam kejadian yang berlaku di bandar Hermosillo yang terletak dekat negeri Sonora, utara Mexico, kejadian pada Sabtu berlaku sekitar 2 petang, waktu tempatan.

Insiden tersebut berlaku di sebuah pasar raya bernama Waldo dengan siasatan awal mendapati kerosakan pada alatubah atau transformer elektrik menjadi penyebab letupan berlaku.

BACA LAGI: 'Alhamdulillah', bintang JDT bersyukur kembali ke padang lepas 414 hari ‘berehat’

BACA LAGI: [VIDEO] 'Rutin saya semuanya tentang dia', Paul Scholes berhenti jadi 'pundit' fokus jaga anak autistik

Letupan tersebut menyebabkan kebakaran pada premis pasar raya itu dan pihak bomba dikerahkan ke tempat kejadian sebaik saja ia berlaku.

Malah, bukan saja premis pasar raya itu terbakar, kereta-kereta yang berada di tempat berhampiran juga mengalami nasib serupa.

Kejadian tersebut menyebabkan sekurang-kurangnya 23 mangsa mengalami kecederaan dengan terdapat sebilangan daripadanya adalah kanak-kanak.

Selain itu, terdapat 11 lagi mangsa yang mengalami kecederaan dan dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan.

Gabenor negeri Sonora, Alfonso Durazo berkata, pihaknya akan mengambil langkah-langkah yang perlu untuk membantu keluarga mangsa.

"Ini adalah hari yang sedih untuk Sonora, terutamanya buat keluarga yang kehilangan orang tersayang di pasar raya Hermosillo.

"Kerajaan negeri akan mengambil semua tindakan yang sewajarnya untuk menyokong para keluarga dan individu yang terkesan dengan letupan yang berlaku," ujar Durazo.

Dalam masa yang sama, Presiden Mexico, Claudia Sheinbaum turut menzahirkan takziah buat keluarga mangsa atas apa yang berlaku.

"Salam takziah saya sampaikan kepada keluarga mangsa yang terlibat dalam letupan di Hermosillo," katanya menerusi media sosial. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebookInstagramWhatsApp Channel dan Telegram