TIADA mangsa dilaporkan dalam kebakaran yang berlaku di sebuah restoran di tingkat 57 Menara 3, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada Sabtu (1 November).
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sentul, Mohd Hafizan Hassan berkata, kira-kira 30 peratus daripada premis restoran berkenaan musnah dalam kejadian itu.
"Tiada sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan, dan siasatan mengenai punca kebakaran sedang dijalankan," katanya pada Sabtu.
BACA LAGI: Kereta peronda polis mula masuk kawasan sekolah, pantau salah laku pelajar
BACA LAGI: [VIDEO] Sudah berdamai, kes lelaki hempuk juruwang diklasifikasikan NFA — Polis Selama
Kebakaran tersebut berjaya dipadam sepenuhnya pada pukul 8.45 pagi.
Beliau turut memaklumkan bahawa pasukan bomba berjaya menghalang api daripada merebak ke tingkat lain dengan menggunakan sistem pemadaman kebakaran bangunan berkenaan.
"Bangunan telah dibuka semula kepada orang ramai, namun restoran terbabit akan ditutup sementara waktu sehingga siasatan selesai," tambahnya.
Sebelum ini, tular satu kebakaran dilaporkan berlaku di tingkat atas Menara 3 KLCC dipercayai melibatkan kawasan makanan dan minuman mewah yang terletak di bangunan berkenaan.
Dalam rakaman yang dikongsikan, api kelihatan marak sebelum berjaya dipadamkan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
