TINDAKAN seorang lelaki meletakkan batu di bawah sebuah kereta kerana berang dengan pemandu yang melakukan parkir berganda mencetuskan pertengkaran antara kedua-duanya di kawasan perumahan baru-baru ini.
Kejadian yang dirakam berdurasi satu minit 25 saat itu memaparkan pertelingkahan antara pemilik kereta berwarna kelabu dan seorang lelaki pertengahan usia.
Dalam rakaman itu, pemilik kereta terbabit menyuarakan rasa tidak puas hati dengan mendakwa perbuatan meletakkan batu boleh merosakkan kenderaan miliknya yang baru dibeli sebulan lalu.
BACA LAGI: [VIDEO] Hamil 7 bulan tak halang polis wanita sertai pertandingan, raih gangsa angkat berat 145kg
BACA LAGI: [VIDEO] Disiplinkan anak guna taktik polis, Alhamdulillah ada yang berjaya masuk U
"Mana boleh macam ini, pak cik? Pak cik mana boleh letak batu macam ini dekat kereta saya? Saya dah lambat nak pergi kerja. Saya terlupa nak letak nombor telefon.
"Macam mana ini pak cik, siapa nak ganti saya ini? Saya baru beli kereta ni sebulan lepas," katanya kepada lelaki berkenaan.
Bagaimanapun, lelaki pertengahan usia itu mempertahankan tindakannya dengan menjelaskan bahawa dia sudah membunyikan hon beberapa kali sejak awal pagi dan cuba menghubungi pemilik kenderaan, namun gagal.
"Masalahnya sekarang kau yang blocking orang. Kereta aku tak boleh keluar, aku dah berapa kali hon dari pukul 6 pagi tapi kau tak keluar. Aku pun nak pergi kerja, takkan aku nak tunggu kau.
"Sekarang kau dah tahu kau halang orang. Janganlah tarik brek tangan, lepas gear tu. Kalau nak report, kau report lah. Aku tak ada masa nak bayar sebab bukan salah aku," balasnya dengan nada tegas.
Situasi tegang itu turut menarik perhatian perhatian ramai di media sosial selepas rakaman tersebut tersebar dengan adau yang menyokong tindakan lelaki meletakkan batu berkenaan dan ada juga sebaliknya.
Ada yang menyebelahi lelaki pertengahan usia itu kerana menganggap tindakannya wajar sebagai pengajaran kepada pemandu cuai, manakala sebahagian lagi berpendapat ia tindakan keterlaluan yang boleh mengundang bahaya dan menjejaskan keselamatan kenderaan.
Setakat ini, tiada pengesahan daripada pihak berkuasa mengenai lokasi sebenar kejadian. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
