[VIDEO] Disiplinkan anak guna taktik polis, Alhamdulillah ada yang berjaya masuk U


  • Massa
  • Khamis, 30 Okt 2025

Tangkap layar dari video janaan AI memaparkan seorang kanak-kanak nakal yang takut dengan kehadiran pihak polis.

DALAM usaha mendidik anak-anak, pelbagai cara dan taktik dipraktikkan ibu bapa dengan ada kalanya pendekatan tegas perlu diambil demi membentuk disiplin diri.

Malah, kadang-kala, helah sedikit kasar akan dilakukan untuk memastikan anak-anak dapat mendengar kata meskipun cara sedemikian akan menimbulkan persepsi kurang enak di alam maya.

Pendekatan dimaksudkan adalah dengan membawa mereka ke balai polis atau melaporkan kesalahan tersebut memandangkan majoriti kanak-kanak cukup gentar akan kehadiran pihak berkuasa.

BACA LAGI: Pelajar 'kantoi' bawa vape, telefon bimbit ke sekolah, ibu beri kebebasan guru rotan anak

BACA LAGI: Pelatih wanita berjaya tamat latihan polis

Situasi itu diceritakan menerusi sebuah video janaan kecerdasan buatan (AI) memaparkan seorang anggota polis cuba menarik budak ke dalam kereta peronda.

Klip pendek tersebut semakin mendapat perhatian kerana ramai berasa kagum akan kecanggihan teknologi terkini sementara sesetengah yang lain melihatnya sebagai ancaman terhadap realiti semasa.

Bagaimanapun, bagi golongan ibu bapa, video terbabit membuka mata bahawa taktik sedemikian boleh mendisiplinkan anak-anak kerana ia pernah dilakukan golongan ibu bapa yang berbeza zaman sebelum ini.

"Dulu saya bawak anak pergi balai. Dari dalam kereta mereka sudah takut dah, saya masuk ke dalam balai dan minta tolong polis takutkan anak saya dalam kereta.

"Polis siap datang dan bawak masuk dalam satu bilik, anak saya cakap polis pegang rotan panjang marah mereka. Alhamdulillah, anak pertama sudah di UPSI (Universiti Pendidikan Sultan Idris) sementara yang kedua di UiTM Shah Alam," kata Fadzlina Hassan.

Polis memikul peranan untuk mengekalkan keamanan dalam kalangan masyarakat.

"Abang saya pernah berbuat begini kerana geram dengan sikap anaknya berusia sembilan tahun kerap ponteng sekolah. Jadi, dia bawa anaknya ke balai dan meminta pegawai untuk meletakkannya dalam jel. Dia takut dan tak pernah ponteng sekolah lagi," kata Nnzmn.

"Macam anak buah saya, dia baru tahu pakcik dia merupakan seorang polis. Satu hari, pakciknya balik mengenakan uniform penuh sehingga mukanya pucat. Kalau tak, nakalnya tidak boleh dihadam," kata Hxaxtxy.

Meskipun polis bertanggungjawab dalam memastikan keamanan, mereka juga boleh memikul peranan dalam menanam disiplin, lebih-lebih lagi dalam golongan remaja dan kanak-kanak. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram