[VIDEO] Cemarkan imej PDRM, anggota polis tular hisap rokok di restoran berdepan tindakan tatatertib — Polis Kluang


  • Kes
  • Isnin, 27 Okt 2025

Tangkap layar seorang anggota polis menghisap rokok di dalam sebuah restoran di Kluang, Johor pada Ahad lalu. — Gambar/Facebook Orang Kluang

TINDAKAN seorang anggota polis menghisap rokok di dalam sebuah restoran di Kluang, Johor menimbulkan reaksi kurang senang dalam kalangan masyarakat selepas rakaman video kejadian tular di media sosial sejak Ahad lalu.

Video berkenaan dimuat naik pemilik akaun TikTok @selinaninicomeI pada sekitar pukul 6 petang dan memaparkan anggota beruniform merokok ketika berada di dalam premis makanan, hingga mencetuskan pelbagai reaksi negatif terhadap imej Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh mengesahkan kejadian terbabit.

BACA LAGI: ‘Tolonglah, wajibkan sekuriti fasih bahasa Melayu’, wanita luah pengalaman cemas dikejar lelaki di parkir kondominium

BACA LAGI: Aplikasi MySejahtera masih miliki 5 kelebihan selain tawar vaksin influenza percuma

Katannya, kejadian dipercayai berlaku di Restoran Nasi Kandar AR Bistro, Taman Tasik Indah dekat Kluang.

“Hasil semakan mendapati individu dalam video tersebut merupakan anggota yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Kluang dan kejadian berlaku sebagaimana yang ditularkan,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Menurutnya, pihaknya memandang serius isu yang mencemarkan imej pasukan polis itu dan siasatan tatatertib akan dijalankan terhadap anggota terlibat, termasuk aspek pengawasan penyelia.

“PDRM tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pegawai atau anggota polis yang didapati melanggar peraturan dan undang-undang,” katanya. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram