‘Tolonglah, wajibkan sekuriti fasih bahasa Melayu,’ wanita luah pengalaman cemas dikejar lelaki di parkir kondominium


  • Massa
  • Jumaat, 24 Okt 2025

Seorang wanita meluahkan rasa kecewa apabila seorang pengawal keselamatan warga asing di sebuah kondominium tidak memahami bahasa Melayu mahupun bahasa Inggeris. — Gambar Hiasan/Janaan Ai

SEORANG wanita meluahkan pengalaman cemas apabila mendakwa dikejar seorang lelaki tidak dikenali di kawasan parkir kondominiumnya, namun usaha untuk mendapatkan bantuan dipercayai gagal kerana pengawal keselamatan warga asing di situ tidak memahami bahasa Melayu mahupun bahasa Inggeris.

Perkongsian wanita tersebut, @myra.ndzrh di platform Threads menjadi tular selepas ramai pengguna menyuarakan kebimbangan sama mengenai isu komunikasi dalam kalangan pengawal keselamatan warga asing.

Menurut Myra, kejadian berlaku ketika dia sedang menuju ke lif sebelum didatangi seorang lelaki warga emas yang didakwa bertindak mencurigakan dan mengejarnya.

BACA LAGI: [VIDEO] Rakyat Malaysia makin pentingkan diri naik lif, wanita OKU tampil buat ‘tutorial’ guna eskalator

BACA LAGI: Aplikasi MySejahtera masih miliki 5 kelebihan selain tawar vaksin influenza percuma

"Aku pernah kena kacau dekat parking dengan pakcik tua. Dia kejar sampai lif, nak terkam aku. Masa tu memang aku lari cari security (pengawal keselamatan) nak report,” tulisnya.

Bagaimanapun, katanya, pengawal keselamatan yang bertugas ketika itu tidak memahami apa yang cuba disampaikan, menyebabkan dia panik dan berasa tidak selamat.

"Melayu tak faham, bahasa Inggeris pun tak faham. Frust (kecewa) tau tak. Nasib baik aku hidup lagi," katanya.

Myra turut menyeru pengurusan kondominium agar memastikan pengawal keselamatan warga asing yang bertugas sekurang-kurangnya fasih berbahasa Melayu atau Inggeris bagi memudahkan urusan keselamatan penghuni.

A recreated scene of a security guard being grabbed by the collar. —SAMUEL ONG/The Star(pictures for metro use only)Reporter: Bavani

Kerajaan perlu menetapkan syarat minimum kemahiran bahasa kepada pengawal keselamatan warga asing bagi mengelakkan salah faham dalam kalangan masyarakat tempatan. — Gambar Hiasan

Perkongsian itu mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen yang rata-ratanya bersetuju isu keselamatan tidak hanya bergantung kepada keberadaan pengawal, tetapi juga keupayaan mereka memahami situasi dan bertindak pantas.

Seorang pengguna Threads, @nassrolfahmi, berpendapat kerajaan perlu menetapkan syarat minimum kemahiran bahasa kepada pengawal keselamatan warga asing.

"Rasa kerajaan kena buat requirement (peraturan) fasih sekurang-kurangnya berbahasa Inggeris atau Melayu kalau foreigner (warga asing) nak kerja security. Kalau tak, jangan beri visa bekerja," katanya.

Sementara itu, seorang warganet @ynareinhrt pula berkongsi pengalaman hampir serupa ketika menginap di sebuah rumah inap.

"Pernah book homestay (rumah inap), dia tak bagi masuk. Kita terangkan kita dah bayar, tunjuk bukti pun tak faham. Jenuh nak buat bahasa isyarat," tulisnya.

Isu keselamatan tidak hanya bergantung kepada keberadaan pengawal, tetapi juga keupayaan mereka memahami situasi dan bertindak pantas.— Gambar Hiasan

Seorang lagi pengguna Threads, @mohdnaqib.ahmad mendakwa masalah itu turut berlaku di pusat beli-belah.

"Pusat beli-belah pun sama. Tanya arah tandas pun tak tahu. ‘Toilet’ (tandas) pun tak fahamm," katanya.

Namun, terdapat juga komen yang melihat isu itu dari sudut realiti pasaran pekerjaan industri keselamatan.

Menurut @salimalayansis, kekangan mencari tenaga kerja tempatan menyebabkan ramai syarikat bergantung kepada pekerja asing.

"Masalahnya, ramai orang tempatan tak nak jadi security. Ada yang kerja sekejap kemudian berhenti.

"Yang warga asing fasih bahasa Melayu atau Inggeris pula biasanya diserap jadi supervisor atau ditempatkan di mall dan pejabat high-end (bangunan tinggi).

"Memang susah nak dapat yang betul-betul boleh berkomunikasi," jelasnya.

Isu tersebut jelas menunjukkan kepentingan latihan komunikasi dan standard kemahiran yang perlu diberi perhatian oleh pihak pengurusan dan agensi berkaitan, terutama apabila melibatkan keselamatan penghuni serta pengunjung premis. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram