AKSI bersahaja Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump yang sempat menari bersama sekumpulan penari tradisional tempatan sebaik tiba di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang, Selangor pada Ahad mencuri perhatian ramai.
Trump yang hadir menaiki pesawat rasmi Air Force One jenis Boeing 747-200B, disambut oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebelum persembahan kebudayaan dimulakan sebagai tanda alu-aluan.
Tidak sekadar berdiri menyaksikan persembahan, Trump dilihat tersenyum dan mengikut rentak tari penari dengan gaya santai, sekali gus mencetuskan sorakan serta tepukan gemuruh daripada orang ramai yang berada di lokasi sambutan.
BACA LAGI: Aplikasi MySejahtera masih miliki 5 kelebihan selain tawar vaksin influenza percuma
Beliau turut sempat menyapa beberapa rakyat Malaysia yang menunggu di kawasan ketibaan selain mengibarkan bendera Malaysia dan AS sebagai simbol persahabatan serta hubungan diplomatik yang erat.
BREAKING: President Trump just broke out into his SIGNATURE DANCE after landing in Malaysia!
The dancers loved it!
ÚLTIMA HORA: ¡El presidente Trump se puso a bailar su BAILE FAMOSO tras aterrizar en Malasia!
¡A los bailarines les encantó! pic.twitter.com/Y7nt3FvkWz
— Ruben Carrillo (@RubenCa66974933) October 26, 2025
Trump berada di Malaysia bagi menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 yang berlangsung selama dua hari bermula hari ini, diikuti Sidang Kemuncak ASEAN-AS ke-13 dan Sidang Kemuncak Asia Timur ke-20.
Jemputan lawatan rasmi itu dibuat oleh Anwar selaku Pengerusi ASEAN 2025.
Sejurus selesai sesi sambutan, Trump bersama Anwar beredar menaiki limosin rasmi, The Beast, menuju ke lokasi sidang kemuncak berkenaan.
Sementara itu, aksi Trump menari tersebut turut tular di laman media sosial dan mendapat pelbagai reaksi warganet.
Rata-rata warganet terhibur dengan gelagat spontan Trump yang dianggap ‘sporting’ dan tidak kekok menyertai tarian tradisional tersebut.
Such a beautiful arrival ceremony for President Trump in Malaysia- and he broke out the Trump Dance!
: @MargoMartin47 pic.twitter.com/igTo36ofBs
— Monica Crowley (@MonicaCrowley) October 26, 2025
Seorang pengguna X (Twitter), @iniacappress secara berseloroh berkata, aksi itu secara tidak langsung menjadi satu penghormatan besar kepada para penari yang terlibat.
“Nanti dalam resume penari itu boleh letak ‘pernah menari dengan Donald Trump’,” tulisnya.
Sementara itu, seorang lagi pengguna dari luar negara menggunakan akaun @RubenCa66974933 menyifatkan Trump tampil dengan tarian ‘signature’ yang sering ditunjukkannya dalam program umum di AS, sambil menyatakan para penari jelas teruja dengan reaksi spontan tersebut.
Komen-komen itu mencuit hati ramai dan turut dikongsikan semula oleh ratusan pengguna lain yang menganggap momen tersebut sebagai sesuatu yang jarang dilihat dalam majlis rasmi pemimpin dunia. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram
