[VIDEO] Tiga anak ambil degree, ada juga sambung master, Abon bangga UiTM jadi pilihan keluarga


  • Massa
  • Sabtu, 25 Okt 2025

Abon ketika meraikan anak bongsunya, Nuratul Shakirah Sharizan yang menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) Pengurusan Sumber Manusia pada Mei lepas.

PELAWAK dan pelakon legenda tanah air, Sharizan Ahmad atau lebih dikenali sebagai Abon, mencuri perhatian ramai apabila berkongsi rasa bangga terhadap Universiti Teknologi MARA (UiTM) kerana menjadi medan pengajian tinggi kepada keempat-empat anaknya. 

Bagi figura berpengalaman yang sudah lebih empat dekad menghiburkan rakyat Malaysia itu, UiTM bukan sekadar universiti, tetapi simbol kejayaan dan kebanggaan keluarga yang membesarkan anak-anaknya dalam lingkungan ilmu.

Abon yang sinonim dengan jenaka bersahaja itu berkongsi penghargaannya kepada seluruh warga UiTM atas peranan besar mereka dalam mendidik generasi muda termasuk anak-anaknya yang kini menjejakkan kaki ke dunia profesional.

BACA LAGI: [VIDEO] Sudah berdamai, kes lelaki hempuk juruwang diklasifikasikan NFA — Polis Selama

BACA LAGI: [VIDEO] Kes bunuh 2 beranak di Juru: Motif pembunuhan masih belum jelas — Polis

"Saya ucapkan terima kasih kepada warga UiTM kerana empat-empat anak saya degree tiga orang, seorang buat master di Puncak Alam. Dua di Lendu, satu di Jengka iaitu sport science sebab ada kursus itu di sana.

"Alhamdulillah, minum sirap air selasih dijamu oleh datuk penghulu, ribuan terima kasih kepada warga UiTM kerana UiTM tetap di hatiku,” katanya dengan penuh rasa syukur.

Menurut Abon, tiga daripada anaknya kini memiliki ijazah sarjana muda dalam pelbagai bidang, manakala seorang lagi sedang menamatkan pengajian peringkat sarjana di kampus UiTM Puncak Alam. 

Ucapan pelawak veteran itu kemudian mencuri tumpuan pihak UiTM sendiri yang tampil membalas penghargaan tersebut dengan cara istimewa melalui satu hantaran puitis di laman media sosial rasmi universiti itu.

"Pohon rendang di tepi telaga, burung berkicau riang menyanyi, Tahniah Abon seisi keluarga, empat cahaya mata di UiTM yang dicintai. Langit cerah tanda sejahtera, awan berarak lembut bersemi. 

"Moga anak-anak cemerlang sentiasa, menjadi kebanggaan ayah dan umi. Globally Renowned, Locally Rooted," tulis UiTM. 

Menjengah ruangan komen, ramai memuji Abon atas usahanya mendidik anak-anak hingga ke menara gading, sambil membuktikan bahawa pendidikan kekal menjadi warisan paling berharga buat generasi seterusnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram