[VIDEO] 'Inilah keluarga', TNC UiTM tunjuk sifat kebapaan santuni pelajar di kolej kediaman


  • Massa
  • Selasa, 14 Okt 2025

Sazili (kiri) menyantuni pelajar UiTM Kedah yang terletak di Merbok.

APABILA satu-satu pelajar memasuki universiti untuk menyambung pelajaran, mereka lazimnya akan tinggal jauh dari keluarga kerana perlu menghuni kolej kediaman.

Ketika itulah, mereka akan bercampur dengan rakan-rakan dan belajar berdikari sambil berusaha keras untuk cemerlang dalam pelajaran.

Pada waktu itu, pentingnya pengurusan universiti yang menjaga kebajikan pelajar agar mereka tidak rasa terpinggir.

BACA LAGI: [VIDEO] 'Nak cakap pun fikir 10 kali', warga Pulapol ‘bongkar’ sifat tegas bapa Jojo Ghazali, bukti layak terima APC

BACA LAGI: [VIDEO] Syed Saddiq cadang 3 cara atasi krisis keselamatan sekolah, Maszlee gesa ibu bapa beri kasih sayang cukup buat anak

Itulah yang dilakukan oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Profesor Dr Mohd Sazili Shahibi yang mengambil berat akan kebajikan pelajarnya.

Dalam lawatannya ke Kolej Malinja di UiTM Kedah, Sazili melakukan lawatan dari rumah ke rumah ingin mengetahui perkembangan para pelajarnya.

Menurutnya, tiada siapa yang terpinggir dan semua akan diberikan perhatian oleh pihak universiti.

"Kita mengambil berat tentang pelajar kita di sini. Kita tidak memandang ringan.

"Cuma saya nampak ada sedikit barangan usang yang perlu dibaiki.

"Inilah keluarga UiTM, saling menyokong, membimbing dan berkasih dalam satu semangat kekeluargaan," ujarnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram