SEORANG murid Tahun Enam meninggal dunia akibat lemas ketika bermandi-manda bersama rakan-rakannya dalam sebuah lombong tinggal di Kampung Penchu, Kundang dekat Tangkak, Johor pada Sabtu.
Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Bukit Gambir, Johar Tumin berkata, mangsa, Siti Nur Khadijah Ahmad Faisal dilaporkan tergelincir dan terjatuh dalam lombong sedalam kira-kira dua meter itu.
"Sekeumpulan bomba yang terdiri dari tujuh anggota dikerah ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira tujuh kilometer (km) dari stesen. Kanak-kanak perempuan itu ditemukan sekitar pukul 3.10 petang dan disahkan meninggal dunia," katanya.
BACA LAGI: [VIDEO] Keterangan meragukan, polis tahan ibu bapa 2 beradik lemas di Sungai Linggi
BACA LAGI: [VIDEO] Tragedi sefamili lemas di Sungai Korok, 6 langkah selamatkan diri sebagai peringatan
Sementara itu, menurut laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Roslan Mohd Talib berkata, pasukan penyelamat menemui mayat mangsa kira-kira 50 meter dari lokasi mandi.
"Siasatan awal mendapati mangsa bersama adik lelaki berusia 10 tahun serta dua rakan masing-masing berusia sembilan dan 13 tahun mandi di kawasan itu sebelum kejadian tidak diingini berlaku.
"Pemeriksaan awal pembantu perubatan Klinik Kesihatan Bukit Serampang mendapati mangsa sudah meninggal dunia. Siasatan di tempat kejadian tidak menemui sebarang unsur jenayah," katanya.
Roslan berkata, mayat kemudian dibawa ke Hospital Tangkak untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dengan orang ramai mempunyai maklumat berhubung kes itu diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tangkak. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
