Bukan berlumba, ramai anggap Jalan Muar–Segamat gelap, berselekoh punca 4 maut nahas 3 motosikal dan Myvi


  • Kes
  • Sabtu, 25 Okt 2025

Empat maut termasuk seorang gadis di Kilometer 32.5, Jalan Muar–Segamat pada Jumaat. — Facebook

EMPAT remaja termasuk seorang gadis maut dalam kemalangan membabitkan tiga motosikal dan sebuah kereta Perodua Myvi di Kilometer 32.5, Jalan Muar–Segamat, Johor pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, kejadian berlaku sekitar pukul 10.55 malam dan mengorbankan empat mangsa berusia antara 18 hingga 20 tahun.

Menurut beliau, tiga mangsa iaitu dua penunggang motosikal jenis Yamaha 135LC dan Yamaha Y15ZR serta seorang pembonceng wanita yang disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

BACA LAGI: [VIDEO] Sudah berdamai, kes lelaki hempuk juruwang diklasifikasikan NFA — Polis Selama

BACA LAGI: [VIDEO] Kes bunuh 2 beranak di Juru: Motif pembunuhan masih belum jelas — Polis

"Seorang lagi penunggang Yamaha 135LC meninggal dunia di Hospital Tangkak semasa menerima rawatan. Pemandu dan penumpang Perodua Myvi pula tidak mengalami kecederaan. 

"Polis sedang melakukan siasatan terperinci berhubung nahas membabitkan empat mangsa itu," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Roslan memaklumkan, semua mangsa yang maut dihantar ke Hospital Tangkak untuk proses bedah siasat, manakala siasatan dijalankan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. 

Selepas kejadian itu tular di media sosial, ramai warganet tampil menolak dakwaan bahawa kemalangan berpunca daripada aktiviti lumba haram, sebaliknya mendakwa lokasi kejadian memang gelap dan berbahaya terutama pada waktu malam.

Rata-rata pengguna Facebook yang pernah melalui laluan itu mendakwa sistem pencahayaan jalan tidak konsisten, menyebabkan keadaan menjadi sangat gelap pada waktu tertentu.

Tangkap layar hantaran dari Community Roda Johor - CRJ.

"Entahlah laluan ni kejap terang, kejap gelap. Minggu lalu pun gelap. Lepas kemalangan nanti terang semula lah. Apa pun, salam takziah kepada keluarga mangsa," tulis pemilik akaun Aila Nuriman. 

"Bukan kes lumba ini, dua orang itu baru balik kerja gunting rambut dekat Sagil," kata seorang lagi pengguna, Azrin Asri yang turut menafikan dakwaan segelintir pihak yang menuduh mangsa berlumba.

"Kawasan ini, lagi-lagi kalau time hujan… lagi bahaya. Dah la gelap, lepas tu banyak selekoh. Risau kalau drive lalu situ waktu malam hujan," kata pengguna Facebook, Fieqah Safit berkongsi pengalaman sendiri melalui laluan berkenaan. 

Pengalaman yang dialami majoriti pengguna laluan itu mendesak agar pihak berkuasa untuk mengambil insiatif menambah lampu jalan terutama di laluan luar bandar rentetan sering menjadi lokasi kemalangan maut akibat pencahayaan tidak mencukupi dan keadaan jalan yang berselekoh. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram