SERAMAI 22 juta rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas bakal menerima bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebanyak RM100 pada pertengahan Februari depan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pemberian khas itu bertujuan membantu rakyat membuat persiapan awal menjelang Ramadan dan sambutan Tahun Baharu Cina.
“Sukacita saya umumkan, kerajaan sekali lagi akan menyalurkan bantuan SARA sebanyak RM100 kepada semua rakyat berumur 18 tahun ke atas.
BACA LAGI : STR Fasa 4 diawalkan, tol diskaun 50 peratus sempena Deepavali
BACA LAGI : Sebanyak 22 juta rakyat dewasa bakal nikmati SARA RM100 Februari depan

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim
“Pembayaran ini akan disalur pada pertengahan Februari bagi membolehkan rakyat membuat persiapan lebih awal,” katanya ketika membentangkan Belanjawan Madani 2026 di Dewan Rakyat pada Jumaat.
Bantuan itu dijangka memberi manfaat besar kepada rakyat dalam menghadapi peningkatan kos sara hidup menjelang musim perayaan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
