
SEORANG murid Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) di Sekolah Kebangsaan (SK) Meru dekat Klang, Selangor meninggal dunia pada Khamis dipercayai akibat jangkitan Influenza A.
Ketua Polis Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes melibatkan kanak-kanak itu sekitar pukul 4.30 pagi.
"Mangsa yang merupakan pelajar keperluan khas berumur lapan tahun disahkan meninggal dunia. Siasatan mendapati mangsa dijangkiti wabak itu dan semua ahli keluarga disahkan positif," katanya.
BACA LAGI: Ibu bapa jangan percaya mitos vaksinasi punca influenza, selamat untuk kanak-kanak awal usia 6 bulan
BACA LAGI: 6,000 murid dijangkiti influenza setakat ini — Pengarah Pendidikan
Pemeriksaan terhadap ahli keluarga mangsa turut mendapati masing-masing positif Influenza A.
Tambah Vijaya Rao, Kementerian Kesihatan (KKM) sudah mengambil beberapa langkah pencegahan, termasuk menjalankan pemeriksaan kesihatan ke atas semua ahli keluarga selain mengadakan pemantauan bagi mengawal penularan jangkitan di kawasan berkenaan.
Kes tersebut diklasifikasikan sebagai kematian mengejut. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram