Tak terjejas bekalan elektrik terputus, operasi Rapid KL berjalan seperti biasa


  • Massa
  • Rabu, 15 Okt 2025

Semua perkhidmatan rel kendalian Rapid KL beroperasi seperti biasa tanpa sebarang gangguan meskipun berlaku gangguan bekalan elektrik.

SEMUA perkhidmatan rel kendalian Rapid KL beroperasi seperti biasa tanpa sebarang gangguan meskipun berlaku gangguan bekalan elektrik di beberapa kawasan sekitar Lembah Klang pada petang Rabu.

Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) dalam kenyataannya memaklumkan bahawa setakat pukul 5 petang, semua laluan rel termasuk Transit Aliran Ringan (LRT), Transit Aliran Massa (MRT) dan Monorel tidak terjejas serta beroperasi mengikut jadual.

“Berikutan gangguan bekalan elektrik di beberapa lokasi di Lembah Klang, Rapid KL ingin mengesahkan bahawa sehingga pukul 5.00 petang, semua perkhidmatan rel tidak mengalami sebarang gangguan dan beroperasi seperti biasa.

BACA LAGI: Semua jadi kelam-kabut, Lembah Klang, Kedah dan JB terputus bekalan elektrik secara tiba-tiba

BACA LAGI: ‘Wahai kerajaan, pentingnya rebat cukai buat pencinta haiwan’

“Orang ramai dinasihatkan untuk mengikuti media sosial rasmi Rapid KL bagi mendapatkan maklumat dan status terkini mengenai operasi perkhidmatan,” menurut kenyataan itu pada hari yang sama.

Terdahulu, Tenaga Nasional Berhad (TNB) memaklumkan bahawa pasukan teknikalnya sedang menjalankan kerja pembaikan susulan gangguan bekalan elektrik yang menjejaskan sebahagian pengguna di kawasan Kepong dan sekitar ibu kota. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram