‘Wahai kerajaan, pentingnya rebat cukai buat pencinta haiwan’


  • Massa
  • Ahad, 12 Okt 2025

Kebanyakan pencinta haiwan menanggung kos sendiri ketika menyelamatkan binatang liar di jalanan. — Gambar hiasan

BELANJAWAN Madani 2026 sudah pun diumumkan pada Jumaat, namun di sebalik pengumuman gembira yang membuat rakyat gembira masih ada satu isu penting yang terlepas pandang iaitu nasib haiwan jalanan yang menderita di sekeliling kita.

Haiwan liar bukan sekadar pemandangan biasa di kawasan perumahan, pasar, atau medan selera, tetapi makhluk hidup yang memerlukan perhatian dan perlindungan.

Sebagai seorang pembayar cukai,setiap tahun, sebelum belanjawan diumumkan, saya sentiasa berharap agar belanjawan tahun ini berbeza daripada yang lepas.

BACA LAGI: Sebanyak 22 juta rakyat dewasa bakal nikmati SARA RM100 Februari depan

BACA LAGI: 'Tugas cikgu mengajar, lepas ni jadi pegawai kebajikan’, Rafizi kritik BAP RM150 disalur secara tunai

Bagi saya, belanjawan bukan sahaja seharusnya menumpukan kepada pembangunan infrastruktur atau kemudahan awam, tetapi juga memberi perhatian kepada pemeliharaan alam sekitar dan kesejahteraan masyarakat secara menyeluruh.

Ini kerana, meningkatkan kualiti hidup bukan sekadar membina jalan raya atau menaik taraf kemudahan awam.

Pada masa sama, kita hidup dalam masyarakat di mana haiwan jalanan kerap menjadi pemandangan biasa di kawasan perumahan, pasar, atau medan selera.

 

 

Haiwan-haiwan ini sering diabaikan, hidup dengan sisa makanan, membiak tanpa kawalan, dan ramai yang mengalami penyakit, cedera akibat pergaduhan, atau dilanggar kenderaan.

Majoriti masyarakat memilih untuk berpaling. Hanya segelintir yang masyarakat dan juga pencinta haiwan tampil memberikan makanan, tempat perlindungan, rawatan veterinar, dan khidmat pengawalan pembiakan (spaying).

Kebanyakan daripada mereka menanggung kos sendiri. Bergantung kepada bilangan haiwan yang dijaga, perbelanjaan bulanan boleh mencecah beberapa ratus hingga beberapa ribu ringgit.

Sehubungan itu, saya mencadangkan supaya insentif cukai diberikan kepada individu yang mengambil inisiatif tersebut, khususnya untuk khidmat mandulkan haiwan (spaying).

A worker pets a dog at a center for neutering and vaccinating strays dogs on the outskirts of Rabat, Morocco, Thursday, May 15, 2025. (AP Photo/Mosa'ab Elshamy)

Haiwan liar seperti anjing dan kucing sering diabaikan, hidup dengan sisa makanan, membiak tanpa kawalan, dan ramai yang mengalami penyakit, cedera akibat pergaduhan, atau dilanggar kenderaan. — Gambar Hiasan

Kerajaan juga wajar menyokong dan mengiktiraf setiap program Trap-Neuter-Release (TNR), kerana ia berkesan mengurangkan populasi haiwan jalanan.

Pembayar cukai yang menyumbang kepada usaha TNR harus layak mendapat pengecualian cukai, manakala klinik veterinar yang menawarkan perkhidmatan TNR juga wajar diberikan potongan cukai khas.

Saya tidak mengharapkan kerajaan menjadi pencinta haiwan, tetapi saya mengharapkan mereka cukup bijak untuk melihat manfaat jangka panjang sokongan ini.

Pengecualian cukai akan mendorong lebih ramai orang menyertai program TNR, dan lebih banyak TNR bermakna lebih sedikit haiwan jalanan. Sesederhana itu sahaja.— Majoriti

Nooriza merupakan seorang pembayar cukai yang telah menyumbang lebih daripada 20 tahun.

*Ini merupakan pandangan penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian Majoriti*

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram