
SEORANG pelajar perempuan Tingkatan Empat di sebuah sekolah di Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor maut selepas ditikam seorang pelajar lelaki pada Selasa.
Kejadian berdarah itu dipercayai berlaku sekitar pukul 9.30 pagi apabila suspek, seorang pelajar lelaki Tingkatan Dua dilaporkan membawa senjata tajam dipercayai pisau ke sekolah.
Berdasarkan maklumat awal, pelajar lelaki terbabit turut menikam pelajar lain.
Pada masa ini pihak polis masih menjalankan siasatan di lokasi kejadian.
Setakat ini Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat dan pasukan pegawai penyiasat sedang berada di lokasi.
Sementara itu, Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail mengesahkan pelajar terbabit sudah ditahan.
"Ini satu kejadian yang menyedihkan, pelajar lelaki menikam pelajar perempuan dan mangsa disahkan maut di lokasi kejadian.
"Motif kejadian masih dalam dalam siasatan, tangkapan sudah dibuat dan kenyataan selebihnya akan dikeluarkan Ketua Polis Selangor kemudian," katanya pada sidang media Program Anti Buli Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Pusat Dagangan Dunia (WTC). — The Star/FARIK ZOLKEPLI
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
MENYUSUL...