
SEBELUM ini, timbul rasa kurang senang dalam kalangan orang tempatan dan pelancong yang ke lokasi tumpuan di Kuala Lumpur akibat kewujudan golongan jurufoto dekat lokasi tersebut.
Kewujudan mereka membuatkan rasa kurang senang kerana apabila warga tempatan atau pelancong ingin bergambar atau mengambil video, geng tersebut akan datang menawarkan servis secara paksa.
Sebelum ini, geng tersebut dapat dilihat sekitar Menar Berkembar Petronas (KLCC) namun ia sudah berpindah ke Pintasan Saloma (Saloma Bridge) pula.
Menerusi perkongsian turis.sesat. di laman Threads, keberadaan mereka di Pintasan Saloma membuatkan pelancong luar terutamanya tidak gembira apabila melawat kawasan itu.
Mereka dilihat terpaksa akur dengan geng-geng tersebut untuk mengambil gambar kerana semua kawasan yang cantik sudah dikuasai.
"Aku pergi Saloma Bridge nak ambil gambar & video untuk promosi Tahun Melawat Malaysia (TMM) tapi spoil dengan geng-geng mana entah datang ni.
"Mereka ni dah pindah dari depan KLCC ke Saloma Bridge ke? Dia orang conquer kawasan cantik. Tak bagi peluang orang lain nak amik gambar dekat situ.
"Pelancong luar pun macam tak suka sebab tak dapat nak ambil gambar dekat situ. Nak ambil gambar dekat situ kena ambil servis mereka," katanya.
Disebabkan itu, sesuatu perlu dilakukan oleh pihak berkuasa kerana ia mampu memberi imej buruk kepada negara.
Dengan (TMM) pada tahun depan, masa semakin suntuk untuk kerajaan berbuat sesuatu bagi menghalang ia dari terus membarah.
"Mohon kerajaan letak polis pelancong atau anggota Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) duduk depan KLCC & Saloma Bridge ni. Jangan biarkan mereka merosakkan industri pelancongan.
"2026 adalah Tahun Melawat Malaysia. Jika kerajaan tak atasi isu ni, nanti akan jadi barah.
"Jangan sampai pelancong luar buat video bagi reviu buruk macam yang terjadi baru-baru ni di Semporna, Sabah sebab isu sampah," ujarnya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram