
AHLI Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mencadangkan tiga penyelesaian kepada isu disiplin pelajar sekolah dalam sidang Dewan Rakyat pada Selasa.
Syed Saddiq menggesa agar kerajaan mengambil tindakan proaktif dan drastik bagi mengawal isu masalah disiplin pelajar sekolah yang dilihat cukup teruk.
Dia mencadangkan tiga perkara kepada kerajaan untuk mengatasi masalah tersebut dengan salah satunya adalah meluluskan dana khas untuk pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) di sekolah-sekolah.
BACA LAGI: 'Kembalikan kuasa guru', ramai desak cikgu diberi hak merotan elak kes berangkai di sekolah
BACA LAGI: Lepas satu, satu kes berlaku, ibu bapa gusar, cadang pasang CCTV di sekolah, institusi pengajian
"Satu lagi cadangan adalah kita perlu siasat dan perlu berani memiskinkan sistem sokongan kepada pembuli.
"Cadangan terakhir adalah hantar isyarat yang cukup jelas yang buli sekecil mana pun tidak akan ditolak ansur kerana kalau tersilap cakap walaupun dengan niat baik, ia tetap akan memberikan kesan yang berlarutan," kata Syed Saddiq.
Dalam masa yang sama, mantan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik turut menggesa agar ibu bapa memberikan kasih sayang yang secukupnya kepada anak-anak mereka.
Didikan oleh ibu bapa sangat penting kerana ia bermula dari rumah dan mampu membentuk jati diri anak-anak untuk menjadi manusia berguna.
"Pesanan bagi ibu bapa dan penjaga, jaga dan didiklah anak-anak anda. Didiklah anak-anak dengan kasih sayang, kegembiraan dan saling menghormati," katanya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram