Empat suspek kes rogol pelajar di Melaka dibuang sekolah serta-merta, duduki SPM berasingan


  • Kes
  • Isnin, 13 Okt 2025

Mohd Azam berkata, keputusan berkenaan dibuat Lembaga Tata Tertib Sekolah yang bersidang pada Isnin.

EMPAT pelajar yang disyaki terbabit dalam kes rogol bergilir-gilir terhadap seorang pelajar Tingkatan Tiga di sebuah sekolah di Alor Gajah, Melaka dibuang sekolah serta-merta, demikian keputusan Lembaga Tata Tertib Sekolah yang bersidang pada Isnin.

Ketua Pengarah Pendidikan, Dr Mohd Azam Ahmad berkata, keputusan berkenaan dibuat Lembaga Tata Tertib Sekolah yang bersidang pada Isnin.

Mohd Azam juga memberitahu empat calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) itu tidak akan akan menduduki peperiksaan itu di sekolah mereka, sebaliknya mereka akan berada di tempat yang ditetapkan.

BACA LAGI: Kes serangan seksual pelajar di Melaka: Selebriti wanita gesa tanggungjawab bersama lindungi anak-anak, jangan hanya bergantung pihak sekolah

BACA LAGI: Salah laku seksual di Melaka: MCMC gesa media lapor secara beretika, elak ganggu emosi mangsa

Menurutnya, kebenaran untuk semua suspek menduduki peperiksaan SPM tidak sama sekali bermakna mereka akan terlepas daripada hukuman.

Bahkan, kebenaran itu juga tidak mengganggu proses undang-undang yang sedang berjalan.

"Hak mereka sebagai murid dan calon SPM tetap kita akan diberikan,” katanya semasa sidang media pada Isnin.

Pada Sabtu, media melaporkan seorang pelajar Tingkatan Tiga dirogol bergilir-gilir empat pelajar seniornya dalam kejadian pukul 2.50 petang pada 2 Oktober lalu dalam sebuah kelas di sebuah sekolah di Alor Gajah, Melaka.

Kes tersebut difahamkan berlaku di sebuah sekolah sekitar Alor Gajah. Gambar hiasan

Lebih menjijikkan, perbuatan itu dirakam mengguna telefon bimbit oleh dua daripada suspek.

Insiden tersebut terbongkar selepas ibu mangsa menerima maklumat mengenai penyebaran video tersebut daripada guru sekolah sebelum membuat laporan polis.

Kes disiasat mengikut Seksyen 375B Kanun Keseksaan kerana merogol secara berkumpulan dengan tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih dari 10 tahun namun tidak melebihi 30 tahun jika sabit kesalahan. — The Star/JAAYNE JEEVITA

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram