[VIDEO] Anak obses main telefon, ibu terpaksa ‘tahan’ polis tepi jalan


  • Bonda
  • Ahad, 12 Okt 2025

Tangkap layar keluarga terbabit dilihat berinteraksi dengan anggota polis di tepi lebuh raya. 

TINDAKAN luar biasa seorang ibu apabila sanggup memberhentikan kenderaan di tepi jalan dan meminta bantuan polis menasihati anaknya yang terlalu obses bermain telefon bimbit mencuri perhatian ramai di media sosial. 

Rakaman pendek berdurasi 46 saat itu bukan sahaja mencuit hati warganet, malah turut membuka mata banyak pihak tentang cabaran sebenar ibu bapa dalam mendidik anak-anak pada era teknologi serba canggih ini.

Video berkenaan yang dimuat naik oleh laman Facebook, My News menampilkan situasi di mana keluarga terbabit dilihat berinteraksi dengan anggota polis di tepi lebuh raya. 

BACA LAGI: Kes serangan seksual pelajar di Melaka: Selebriti wanita gesa tanggungjawab bersama lindungi anak-anak, jangan hanya bergantung pihak sekolah

BACA LAGI: 'Jangan sesekali mangsakan orang lain', hukuman rotan bukan penyelesaian hakiki, ibu bapa teman terbaik anak remaja

"Biasa polis suruh berhenti tepi, tapi kali ini ibu bapa pula yang suruh polis berhenti tepi untuk dapatkan khidmat nasihat berkaitan anak main handphone," kapsyen, My News.

Menurut hantaran itu, si ibu bertindak demikian selepas anak lelakinya terlalu leka dengan telefon bimbit, sekali gus mendorongnya meminta polis memberikan nasihat secara langsung.

"Dia belajar pandai. Cita-cita dia nak jadi polis, tapi dia selalu main telefon bimbit," kedengaran suara ibunya yang berkata kepada polis dalam rakaman video berkenaan. 

Momen spontan itu mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial yang memuji tindakan ibu bapa terbabit sebagai langkah kreatif dan bijak dalam menangani ketagihan gajet anak. 

Ramai warganet berpandangan pendekatan sedemikian lebih berkesan berbanding sekadar memarahi atau merampas telefon kerana ia memberi kesedaran kepada anak-anak mengenai impak negatifnya. — Majoriti 

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram