Belanjawan MADANI 2026: Kerajaan suntik RM700 juta sempena Tahun Melawat Malaysia, sasar kutipan RM320 bilion


  • Massa
  • Jumaat, 10 Okt 2025

RM500 juta disediakan bagi memastikan kejayaan kempen Tahun Melawat Malaysia.

KERAJAAN menyasarkan mampu menarik sehingga 47 juta pelancong ke dalam negara sempena Tahun Melawat Malaysia 2026 seperti mana dinyatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pembentangan Belanjawan 2026.

Sasaran itu ditetapkan dalam usaha memastikan sektor pelancongan menjana RM320 bilion yang merupakan satu anjakan dalam menjanjikan limpahan ekonomi kepada peniaga kecil, usahawan pelancongan komuniti desa, pengusaha kraf serta rakyat seluruhnya.

"Lebih RM700 juta ringgit disediakan bagi merancakkan sektor pelancongan, terutama menjayakan Kempen Tahun Melawat Malaysia 2026. RM60 juta dana galakan promosi, pemasaran dan penganjuran acara pelancongan serta aktiviti kebudayaan.

BACA LAGI: Negeri paling bahagia di Malaysia kekal jadi destinasi pilihan sukan lasak 4x4

BACA LAGI: Perhentian Dive Festival 2025 pacu sektor pelancongan selam skuba menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026

"RM50 juta untuk menyokong pengusaha seni dan warisan menjana pendapatan seperti penggiat karya kraf, batik dan tenunan. RM50 juta geran padanan menggalakkan penerbangan antarabangsa dan carter ke Malaysia. MAHB berjaya menarik 10 syarikat antarabangsa ke Malaysia, seperti British Airways, Hong Kong Express dan Jiangxi Air," kata beliau.

Tambah beliau, RM50 juta diperuntukkan untuk menyokong pengusaha seni dan warisan menjana pendapatan seperti penggiat karya kraf, batik dan tenunan.

Peruntukan RM50 juta bagi pengusaha seni dan warisan seperti pencetak batik.

"RM50 juta untuk geran padanan menggalakkan penerbangan antarabangsa dan carter ke Malaysia, manakala RM25 juta bagi menambah baik kemudahan pelancongan termasuk memulihara tapak UNESCO seperti Taman Negara Gunung Mulu, Sarawak; Lembah Lenggong, Perak dan FRIM Forest Park, Selangor yang baru diisytihar tahun ini.

"Selain itu, RM20 juta untuk mempergiat program pelancongan kesihatan oleh Majlis Pelancongan Kesihatan Malaysia," katanya ketika membentangkan Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat hari ini.

Katanya, kerajaan bertekad untuk menarik 47 juta pelawat dan menjana pendapatan pelancongan RM329 bilion sekali gus ia akan memberikan limpahan ekonomi kepada peniaga kecil, usahawan pelancongan, komuniti desa, pengusaha kraf serta rakyat seluruhnya.

Beliau berkata, kerajaan juga menyediakan dana awal RM5 juta secara geran padanan bagi menggalakkan sektor korporat, dermawan dan pakar warisan untuk meremajakan Muzium Negara.

"Sumbangan tunai yang dibuat oleh individu dan syarikat korporat kepada akaun Amanah Jabatan Muzium Malaysia layak mendapat potongan cukai bersamaan dengan amaun sumbangan," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram