STR Fasa 4 diawalkan, tol diskaun 50 peratus sempena Deepavali


  • Massa
  • Jumaat, 10 Okt 2025

Bagi meringankan beban rakyat menjelang sambutan Deepavali, kerajaan mengumumkan bayaran STR Fasa 4 2025 akan diawalkan kepada 18 Oktober ini.

BAGI meringankan beban rakyat menjelang sambutan Deepavali, kerajaan mengumumkan bahawa bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 2025 akan diawalkan kepada 18 Oktober ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah itu membolehkan masyarakat India membuat persiapan lebih awal bagi menyambut perayaan tersebut.

“Tahun ini, kerajaan memperuntukkan RM13 bilion untuk pelaksanaan STR dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang memanfaatkan hampir sembilan juta penerima.

BACA LAGI: Sebanyak 22 juta rakyat dewasa bakal nikmati SARA RM100 Februari depan

BACA LAGI: Kerajaan hadkan pengecualian cukai kenderaan di Langkawi, Labuan mulai 2026

 

 

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim

“Bagi STR, bayaran sehingga Fasa 3 telah dibuat dengan jumlah keseluruhan RM6 bilion,” katanya ketika membentangkan Belanjawan MADANI 2026 di Dewan Rakyat pada Jumaat.

Dalam pada itu, Anwar turut memaklumkan kerajaan bersetuju memberikan diskaun tol 50 peratus selama dua hari sempena perayaan Deepavali sebagai tanda keprihatinan terhadap rakyat.— Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram