
UMUM mengetahui bahawa kaum lelaki beragama Islam wajib menunaikan solat Jumaat setiap minggu, namun masih ada segelintir majikan yang didakwa tidak menghormati kewajipan itu apabila memotong gaji pekerja kerana keluar menunaikan solat.
Isu berkenaan tular di media sosial selepas seorang pengguna Threads, @aleyzuhri, meluahkan rasa kesal apabila gajinya dipotong hanya kerana keluar menunaikan solat Jumaat, sedangkan perkara tersebut telah dijelaskan kepada pihak sumber manusia (HR) di syarikatnya.
“Terkedu tatkala pergi solat Jumaat kena potong gaji. Dah 2025, ingatkan semua syarikat dekat Johor dah ikut guideline Jabatan Tenaga Kerja (JTK).
BACA LAGI: [VIDEO] 'Hanya bayar RM100', pemandu dipercayai mabuk dakwa 'suap' polis elak ditahan
BACA LAGI: [VIDEO] Rempuh 2 pelajar perempuan di Sentul, pemandu Vios tak sedar lampu isyarat merah — Polis
"Ternyata masih ada sahaja macam ini,” tulisnya dalam hantaran yang meraih perhatian ramai.
Menurutnya, dia baru bekerja di syarikat berkenaan bulan lalu (September) dan hanya sempat menunaikan solat Jumaat sebanyak dua kali, manakala untuk bulan Oktober dijangka sebanyak lima kali.
“Semalam dah cakap dengan HR, tolong bagitahu bos (majikan), tolong bagi rehat solat Jumaat. Kalau tak jalan juga, gua (saya) yang jalan dari sini,” katanya lagi.
Perkongsian itu mencetuskan perbincangan hangat dalam kalangan pengguna media sosial yang mengecam tindakan majikan berkenaan kerana dianggap tidak menghormati tuntutan agama serta melanggar garis panduan JTK.
Menurut peraturan JTK, pekerja Islam mesti diberikan tempoh rehat mencukupi untuk menunaikan solat Jumaat, dan majikan dilarang menolak gaji atau mengganggu hak tersebut.
Ramai pengguna, @muhd_karl mengecam tindaka syarikat yang enggan memberi kelonggaran waktu rehat kepada pekerja Muslim pada hari Jumaat.
“Bukan saja melanggar undang-undang, tapi juga menunjukkan majikan tidak sensitif terhadap tanggungjawab agama pekerja Islam,” katanya.
Dalam masa sama, ada yang berharap pihak JTK dan Kementerian Sumber Manusia memantau lebih ketat dan mengambil tindakan terhadap majikan yang melanggar garis panduan sedia ada, terutama di negeri Johor yang menjadikan hari Jumaat sebagai hari berpusat kepada ibadah.
Setakat ini, belum ada sebarang maklum balas rasmi daripada syarikat atau pihak berkuasa berhubung aduan tersebut. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram