
DUA pelajar perempuan cedera selepas dirempuh sebuah kereta ketika sedang melintas jalan berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Convent Sentul dekat Sentul, Kuala Lumpur pada Khamis lalu.
Terdahulu, tular video memaparkan insiden berkenaan di laman media sosial dan aplikasi WhatsApp sehingga mengundang kemarahan awam.
Difahamkan, dalam kejadian, kira-kira pukul 11 pagi itu, mangsa yang masing-masing berusia 14 tahun dipercayai sedang melintasi jalan di Jalan Sentul sebelum dilanggar sebuah Toyota Vios yang dipandu seorang lelaki berusia 30 tahun.
BACA LAGI: Hanya orang bodoh percaya pemain warisan Malaysia sah — Pemerhati Vietnam
Dua pelajar perempuan cedera selepas dirempuh sebuah kereta ketika sedang melintas jalan berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Convent Sentul dekat Sentul, Kuala Lumpur pada Khamis lalu. pic.twitter.com/3GuZmJX5N6
— Nadine Ardine (@MoMoT_Nadine) October 8, 2025
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, siasatan awal mendapati pemandu berkenaan dipercayai tidak menyedari lampu isyarat merah semasa melalui lokasi kejadian.
"Akibat pelanggaran itu, kedua-dua pelajar berkenaan mengalami kecederaan di bahagian kaki dan menerima rawatan di hospital berhampiran.
"Pemandu berkenaan bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dengan cuai sehingga menyebabkan kemalangan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram