[VIDEO] 'Hanya bayar RM100', pemandu dipercayai mabuk dakwa 'suap' polis elak ditahan


  • Tular
  • Rabu, 08 Okt 2025

Tangkap layar video tular seorang lelaki yang mendakwa dirinya 'dilepaskan' selepas membayar RM100 kepada anggota polis trafik ketika ditahan memandu dalam keadaan mabuk baru-baru ini.

TINDAKAN seorang lelaki yang mendakwa dirinya ‘dilepaskan’ selepas membayar RM100 kepada anggota polis bagi mengelak ditahan memandu dalam keadaan mabuk, mengundang kecaman ramai di media sosial.

Menerusi satu video tular berdurasi kurang seminit yang dimuat naik oleh pengguna X (Twitter) @bumilangit pada Rabu, lelaki berkenaan dengan selamba menceritakan bagaimana dia kononnya membayar sejumlah wang kepada pihak polis untuk melepaskan diri.

“Tengok tu, minum-minum, kena polis punya tangan. Kena berapa? Seratus. Bagilah dia,” katanya dalam video tersebut sambil ketawa.

BACA LAGI: [VIDEO] Rempuh 2 pelajar perempuan di Sentul, pemandu Vios tak sedar lampu isyarat merah — Polis

BACA LAGI: [VIDEO] 'Kereta tiba-tiba berpusing hilang kawalan', gadis panik kemalangan ditenangkan rider, muncul bantu kawal trafik

 

 

 

Lebih mengejutkan, lelaki itu turut mendakwa bahawa tanpa memberi wang, dia tidak akan dilepaskan.

“Aku cakap dengan kau, tak ada duit dia tak lepas kau. Dia tanya, ‘naik laju-laju pergi mana?’.

"Inilah perangai aku okey,” katanya lagi dengan nada bangga.

Video tersebut turut menerima pelbagai reaksi daripada warga maya yang mengecam tindakan lelaki berkenaan yang mengaku memberi rasuah dan individu berpakaian seragam polis yang didakwa menerimanya.

Pemilik akaun @bumilangit yang berkongsi video itu turut meluahkan rasa kecewa dengan anggota polis berkenaan.

“Ambil rasuah satu hal, lepas pemandu mabuk satu hal. Berbuih mulut Perdana Menteri, Anwar Ibrahim cakap pasal rasuah, yang bawah masih 'business as usual'. Jauh lagi perjalanan Malaysia ini," katanya.

Setakat ini, tarikh serta lokasi sebenar kejadian belum dapat dipastikan dan pihak berkuasa juga belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung dakwaan tersebut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram