Percutian karavan, destinasi 'hobbit' antara lokasi boleh diterokai pengunjung di TGO 2025


  • Bisnes
  • Sabtu, 04 Okt 2025

Manoharan (depan, kiri) dan Chan (depan, kanan) ketika mengunjungi gerai pameran karavan di TGO 2025 sempena Star Karnival Cuti-Cuti Malaysia di MAEPS Serdang. — FAIHAN GHANI/The Star

SEGMEN The Great Outdoor Expo 2025 (TGO) yang berlangsung di MAEPS, Serdang menyajikan pengalaman berbeza dengan mengetengahkan lokasi outdoor menarik di negara ini dan destinasi 'hobbit' yang boleh diterokai pelancong.

Acara sempena ekspo tiga hari bermula 3 hingga 5 Oktober, anjuran Star Media Group, dengan kerjasama rasmi Tourism Malaysia sempena Karnival Cuti-Cuti Malaysia (KCCM) itu menonjolkan pameran bertemakan adventur dan gaya hidup yang semakin mendapat sambutan dalam kalangan pelancong.

Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Datuk Manoharan Periasamy berkata, platform itu bukan sahaja mempromosikan destinasi pelancongan dalam negara, malah menawarkan harga menarik dan pakej istimewa untuk pengunjung.

BACA LAGI: Dari Kuantan ke Kuching, Star Karnival Cuti-Cuti Malaysia jelajah 6 lokasi seluruh negara

BACA LAGI: Kuantan lokasi pertama Star Karnival Cuti-Cuti Malaysia, tawar hadiah RM5,000 dan pakej percutian istimewa

Visitors attends The Great Outdoor Expo 2025 at Malaysia Exposition Park Serdang. — FAIHAN GHANI/The Star

Sebahagian aktiviti menarik di TGO 2025. — Faihan Ghani/ The Star

Beliau berkata, menerusi penganjurannya, Tourism Malaysia mahu menumpukan kepada usaha untuk mengetengahkan lokasi unik termasuk percutian karavan serta tapak khemah yang mungkin kurang dipromosikan.

"Kita ada lebih daripada 10 tapak khemah yang tersedia di bawah inisiatif kerajaan manakala swasta pula ada lebih 300 camp site bagi famili yang suka percutian adventur.

"Macam hari ini ada pakej dengan diskaun sehingga 50 peratus bagi sewaan karavan yang harga asalnya cecah lebih RM1,000, sesuai  untuk keluarga antara lima ke enam orang," katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan TGO 2025 yang turut dihadiri wakil penganjur dari Star Media Group (SMG) terdiri daripada Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Chan Seng Fatt dan Ketua Pegawai Kandungan, Datin Paduka Esther Ng.

Turut hadir Ketua Pegawai Operasi Star Media Group, Lydia Wang.

Manoharan berkata, pelancongan domestik negara sebelum ini berjaya merekodkan 260 juta pelancong pada 2024, dan sasaran bagi tahun 2025 adalah untuk meningkatkannya kepada 280 hingga 300 juta pelawat tempatan.

SERDANG: Tourism Malaysia director-general Datuk Manoharan Periasamy (second from right)and Star Media Group (SMG) chief executive officer Chan Seng Fatt (centre) at the launch of The Great Outdoor 2025 (TGO) in collaboration with Karnival Cuti-Cuti Malaysia (KCCM) at MAEPS Serdang. Also in attendance are (from left) SMG chief content officer Datin Paduka Esther Ng, Tourism Malaysia deputy director-general Datuk Rafidah Idris and SMG chief operating officer Lydia Wang. — FAIHAN GHANI/The Star

Manoharan (dua dari kanan) ketika merasmikan TGO 2025 di MAEPS Serdang. — The Star

Menurutnya, keindahan dan pengalaman yang ditawarkan di destinasi menarik di Malaysia sendiri jauh lebih menarik serta berbaloi untuk dikunjungi.

"Banyak lagi tempat menarik yang boleh rakyat Malaysia kunjungi di dalam negara pada harga berpatutan.

"Tak perlu pasport, tak perlu visa, tak perlu queue panjang di sempadan untuk cross border kerana apa yang ada di Malaysia lebih menarik dan berbaloi," katanya.

Selain menikmati keindahan alam semula jadi negara, karnival itu juga diyakini mampu meningkatkan jualan, memperkukuh ekonomi serta memberi pengalaman pelancongan lebih bermakna untuk rakyat.

Di TGO 2025, pengunjung boleh mendapatkan harga eksklusif untuk pakej percutian dan rekreasi dalam negara.

Bagi yang sukakan cabaran, anda boleh merasai sendiri pengalaman pandu uji kenderaan 4x4.

Turut ditawarkan ialah produk kraf tempatan, barang kemas, juadah tempatan serta pengalaman realiti maya (VR) seperti berjalan kaki secara simulasi dan aktiviti paragliding.

The Great Outdoor Expo with Karnival Cuti-Cuti Malaysia 2025. —Low Lay Phon/The Star

Pengunjung mengambil bahagian dalam aktiviti yang disediakan di TGO 2025 di MAEPS Serdang. — The Star

Selain itu, Wet World Water Park Shah Alam antaranya menawarkan promosi aktiviti keluarga eksklusif.

"Taman tema air ini sangat dekat untuk dikunjungi kerana pengunjung tak perlu pergi jauh untuk beriadah dengan keluarga khususnya pada hujung minggu,” kata Pengarah Kanan Jualan dan Pembangunan Perniagaannya, Kenny Wong.

Selain itu, pengunjung daripada pelbagai peringkat usia turut berpeluang menikmati aktiviti seperti flying fox, panjat dinding (rock climbing) dan zoo interaktif (petting zoo).

Turut memeriahkan suasana ialah pertunjukan drift oleh Zen Low serta pelbagai aktiviti lain seperti pertandingan mewarna, lukisan muka (face painting) dan sesi membuat tembikar.

Lebih menarik, pengunjung juga berpeluang membawa pulang hadiah cabutan bertuah eksklusif termasuk baucar, peralatan rekreasi, pakej percutian, e-bike dan banyak lagi.

Masuk adalah percuma.

KCCM sudah memulakan siri jelajahnya ke enam lokasi di seluruh Malaysia dengan Kuantan, Pahang sebagai destinasi pertama sebelum diteruskan ke George Town, Pulau Pinang; Johor Bahru, Johor; Kota Kinabalu, Sabah dan Kuching, Sarawak.

Layari laman web TGO 2025 untuk info lanjut. — Majoriti 

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebookInstagramWhatsApp Channel dan Telegram