
GABENOR State Railway of Thailand (SRT) berkongsikan kejayaan ujian tren pelancongan rentas sempadan 'MySawasdee' dengan kerjasama pengendali kereta api nasional Malaysia, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), menjelang pelancaran rasminya pada akhir 2025.
Veeris Ammarapala berkata, percubaan tren 'MySawasdee' dilaksanakan dengan lancar antara stesen Padang Besar dan Surat Thani dari 21 hingga 23 September.
Percubaan itu menjadi penanda aras dalam memperkukuh pelancongan rel, selain mengeratkan hubungan ekonomi, budaya serta persahabatan antara kedua-dua negara.
BACA LAGI: Lebih 5 juta muat turun, aplikasi 'No Thanks' tanda solidariti untuk negara 'tembikai'
Kerjasama itu bermula daripada Persidangan Bersama KTMB-SRT ke-42 pada 2024, di mana kedua-dua pihak bersetuju untuk melanjutkan laluan tren pelancongan 'MySawasdee' melepasi Hat Yai Junction hingga ke Surat Thani.
Langkah peluasan itu menyasarkan perkhidmatan bukan sahaja kepada pelancong Thailand dan Malaysia, malah juga pelancong antarabangsa yang menuju ke selatan Thailand.
Semasa Persidangan Bersama ke-43 pada Ogos lalu, perancangan awal menunjukkan perkhidmatan ini dijangka bermula sekitar Disember 2025.
Dalam sesi percubaan, tren 'MySawasdee' ditarik oleh lokomotif SRT QSY sepanjang laluan Padang Besar–Surat Thani dan kembali pada 23 September bagi menguji aspek teknikal utama.
Ia pengukuran jarak antara tren dan platform, jarak roda, ketinggian gerabak serta sistem brek bagi memastikan pematuhan kepada piawaian keselamatan sebelum perkhidmatan tetap dimulakan.
Veeris turut mendedahkan bahawa rancangan sedang dijalankan untuk mengadakan percubaan di sepanjang laluan Bangkok-Butterworth.
Rancangan juga termasuk menguji laluan Bangkok-Butterworth, dengan KTMB menjalankan tiga koc ujian (1 Power Car dan 2 Passenger Coach) di sepanjang laluan Bangkok-Padang Besar untuk memastikan kesediaan untuk operasi rasmi.
Ketika ini, 'MySawasdee' menawarkan perkhidmatan dari Kuala Lumpur ke Hat Yai dengan hanya beroperasi pada musim cuti. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram