
SURIA FM terus mengukuhkan kedudukan sebagai stesen radio pilihan rakyat Malaysia dengan mencatat 3.3 juta pendengar bulanan, menurut laporan Nielsen Consumer & Media View (CMV) bagi tempoh Januari hingga Disember 2024.
Berdasarkan laporan yang sama, Suria FM kini berada di posisi tiga teratas untuk Stesen Radio Bahasa Melayu di Semenanjung Malaysia.
Kejayaan itu turut diperkasakan dengan prestasi digital yang luar biasa.
BACA LAGI: Kes isteri Rafizi diugut: Polis jejak pemilik nombor telefon berdaftar guna nama warga asing
Suria FM mencatatkan 3.3 juta pendengar bulanan bagi tempoh Januari hingga DIsember 2024.
Sepanjang 2024, Suria meraih lebih 113 juta tontonan video, 53 juta pendengar digital, 32 juta paparan dan skrin halaman, serta 5.84 juta pengikut dan pengguna aktif di pelbagai platform.
Angka-angka itu membuktikan kekuatan jenama Suria FM yang bukan sahaja mendominasi di platfrom radio, malah semakin menguasai dunia digital.
Mengulas mengenai pencapaian tersebut, Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abdul Majid (DJ Lin) meluahkan rasa syukur dan terima kasih kepada semua pihak dan pendengar setia atas sokongan yang diberikan terhadap Suria FM.
“Kami amat menghargai kepercayaan jutaan pendengar dan pengguna digital yang memilih Suria sebagai teman hiburan harian.
"Sokongan ini menjadi dorongan untuk kami terus menghasilkan kandungan yang segar, relevan dan dekat di hati rakyat Malaysia.
"Kejayaan ini juga adalah hasil kerja keras seluruh warga Suria yang komited memberikan pengalaman terbaik kepada pendengar, sama ada di radio mahupun platform digital," katanya.
Suria FM dalam satu kenyataan turut mengucapkan terima kasih atas sokongan padu pendengar yang menjadi pemangkin kepada semangat untuk menjadikan Suria FM sebagai jenama radio pilihan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram