
SURIA FM dengan bangganya menganjurkan Suria Wow Malaysia 2025 di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur bermula Jumaat hingga Selasa lalu.
Festival selama lima hari itu dianjurkan bersempena Festival Budaya Malaysia 2025 dan kempen Visit Malaysia 2026 dengan kerjasama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).
Selama lima hari, pengunjung dihiburkan pelbagai aktiviti menarik, daripada Pound Workout, Kiub Mewarna: Semarak Seni Malaysia, hinggalah pertandingan unik seperti Kesuma Kebaya 2025 dan Suria Got Talent yang berlangsung di Booth Suria.
BACA LAGI: Suria FM meriahkan raptai Hari Kebangsaan, liputan istimewa Morning Morning Suria
BACA LAGI: Suria FM jadi pilihan 3.3 juta pendengar, semakin kuasai dunia digital
Kumpulan Exist merupakan antara artis yang melakukan persembahan dalam acara tersebut. — Facebook/Suria FM
Turut memeriahkan suasana ialah booth pameran oleh Kimball dan UKM Shape. Tidak ketinggalan, pentas Suria Undiscovered: The Gig menjadi tumpuan dengan persembahan daripada band indie berbakat seperti Voice In Public, Baji, Kugiran Tepi Pantai, Noansa, MXI, Panic Room dan Monoloque.
Kemuncak acara adalah Konsert Suria Wow Malaysia pada Ahad dan Isnin yang menggegarkan pentas Titiwangsa dengan persembahan artis-artis popular tanah air seperti Exists, Marsha Milan, Noraniza Idris, Amelina, Ara Johari, Aisha Retno, Santesh, K-Town Clan, Fugo Band, Amsyar Lee dan ramai lagi.
Festival tersebut turut dimeriahkan dengan kehadiran barisan penyampai Suria FM iaitu Ajak, Fad, Cik Piah, Chiwan, Kai, Irsyad dan DJ Lin serta duo Suria Wheels Afiq dan Awien yang memeriahkan suasana sepanjang festival.
Jumlah kehadiran di acara itu dianggarkan mencecah 300,000 pengunjung selama lima hari. — Facebook/Suria FM
“Ini kali pertama Suria berkerjasama dengan pihak MOTAC dalam menganjurkan festival berskala besar selama lima hari dan juga pertama kali kami mengadakan acara dalam tempoh yang panjang sebegini.
"Kami amat bersyukur apabila pihak MOTAC memaklumkan jumlah pengunjung yang hadir sepanjang lima hari festival berlangsung mencatatkan lebih daripada 300,000 orang.
"Suria FM mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak MOTAC dan semua pendengar dan pengunjung yang sudi membanjiri Taman Tasik Titiwangsa untuk memeriahkan Festival Budaya 2025,” kata DJ Lin sebagai Pengurus Besar Suria FM.
Untuk maklumat lanjut, layari laman web Suria suria.my atau ikuti media sosial Suria Malaysia. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram