Kos murah hanya RM1.70 sepaket, sayur jadi 'goodies' sambutan hari lahir anak di tadika


  • Bisnes
  • Jumaat, 03 Okt 2025

Pek sayur-sayuran yang diagih-agihkan sebagai goodies sempena sambutan hari lahir anak di tadika. — Threads @mamaquinnn

IDEA unik seorang ibu meraikan hari lahir anaknya di tadika mencuri perhatian apabila goodies yang diagihkan kepada rakan-rakan sekelas bukanlah gula-gula atau jajan, sebaliknya sepaket sayur.

Lebih menarik, sayur terdiri daripada lobak merah, tomato, cendawan enoki dan bak choy itu disediakan dengan bajet cukup rendah berjumlah hanya RM1.70 untuk satu paket.

Menurut perkongsian di media sosial, @mamaquinnn memberitahu, sayur-sayuran tersebut dibeli di sebuah pasar raya besar dan setiap kanak-kanak yang hadir menerima satu paket. 

BACA LAGI: [VIDEO] Warna luntur lepas dikukus, ramai rasa tertipu tapi hakikatnya jagung ungu Cameron Highlands bukan tiruan

BACA LAGI: BUDI95 tunjuk kesan positif, tiada lagi 'lesen terbang', kelibat pelajar 'hantu' isi minyak

Tidak disangka, idea unik dan mesra poket itu mengundang keterujaan.

“Budak-budak excited suruh mak masak, mak-mak lagilah suka,” katanya.

Perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi positif. Ada ibu bapa memuji idea itu kerana dianggap kreatif, sihat dan menjimatkan.

Malah seorang pakar pemakanan turut meninggalkan komen, “Nutritionist here approved, good job puan,”

Dengan bajet serendah RM1.70 untuk setiap pek, pendekatan tersebut dianggap bukan sahaja menjimatkan tetapi turut memberi nilai tambah berbanding goodies konvensional.

"This is brilliant sis, sebagai ibu saya suka idea hadiah sebegini," kata seorang pengguna Threads.

Namun begitu, ada juga yang berpandangan hadiah sebegitu lebih dihargai oleh ibu bapa berbanding kanak-kanak yang secara fitrah menyukai manisan seperti gula-gula, coklat dan lain-lain. 

“Kalau saya, untuk birthday anak tetap akan beri sesuatu yang fitrah budak-budak suka,” kata seorang pengguna Threads lain.

"Selalunya orang bagi susu kotak, roti atau biskut, tapi idea ini memang menarik," komen yang lain pula.

Walau apa pun pandangan, idea goodies berupa sayur itu berjaya membuka ruang kreatif mengenai pilihan hadiah yang lebih sihat, praktikal dan mesra bajet dalam meraikan ulang tahun anak masing-masing. — Majoriti 

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram