Warga emas 74 tahun dilapor hilang di Alor Setar ketika mahu tunai solat Jumaat


  • Tular
  • Sabtu, 27 Sep 2025

Abdul Rahman masih belum ditemukan selepas kira-kira sehari hilang dalam perjalanan untuk menunaikan solat Jumaat

SEORANG lelaki warga emas dilaporkan hilang selepas kali terakhir dilihat dalam perjalanan untuk menunaikan solat Jumaat sekitar Alor Setar, Kedah.

Hebahan tersebut dibuat anak kepada Abdul Rahman Idris menerusi akaun Facebook Nurul Shuhada Nsar yang menyatakan lelaki berusia 74 tahun itu memakai baju Melayu hijau dan berkain pelekat ketika kali terakhir dikesan.

“Lokasi terakhir dilihat adalah sekitar rumah di Simpang Kuala, Alor Setar Kedah. Dia hendak pergi menunaikan solat Jumaat di Masjid Tanjong Bendahara dengan menaiki Axia putih bernombor plat VAL7263.

BACA LAGI: [VIDEO] Koperal maut digilis di Alor Setar, sindiket aktif curi peti besi merentas negeri

BACA LAGI: Kilang Continental ditutup di Alor Setar hujung tahun ini, hampir 1,000 pekerja terjejas

“Ciri khas bapa saya ialah berambut pendek dan kurus. Tahap kesihatannya adalah kurang memuaskan,” tulisnya.

Hantaran berlainan turut dibuat pengadu dengan menyatakan bapanya masib belum ditemukan dengan laporan polis juga sudah dibuat.

Kehilangan lelaki berkenaan turut dikongsikan pelbagai platform media sosial lain dengan orang ramai sudah tentu risau dan mengharapkan warga emas itu ditemukan segera dalam keadaan selamat. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram