[VIDEO] Wanita sampai menitis air mata, dapat selonggok roti dari Malaysia selepas 10 tahun bermastautin di UK


  • Tular
  • Jumaat, 26 Sep 2025

Tangkap layar wanita itu menitiskan air mata usai menerima bungkusan roti Gardenia daripada keluarganya.

SEBUAH video menyentuh hati tular di TikTok apabila seorang wanita warga Malaysia yang menetap di United Kingdom (UK) hampir 10 tahun tidak dapat menahan sebak apabila menerima selonggok roti Gardenia.

Jenama roti terkenal tanah air yang begitu sinonim dengan sarapan pagi rakyat Malaysia berkenaan sememangnya dianggap sebagai 'comfort food' untuk sebahagian besar rakyat negara ini.

Dalam rakaman berdurasi hampir satu minit dimuat naik pengguna TikTok, Yusliana, wanita berkenaan kelihatan terkejut sebaik membuka bungkusan yang mengandungi beberapa jenis roti Gardenia termasuk perisa jagung kegemarannya.

BACA LAGI: [VIDEO] Putrajaya berhantu? Tular rakaman sesi rukyah lepas kecoh dakwaan kelibat wanita berambut panjang

BACA LAGI: Tular caj RM1,016 sejauh 2.9 km, Grab respons isu gangguan sistem

“Wei oh my god, oh my god. Thank you so much. Sayang, this Mama's favourite. Weii jagung, susah tau nak dapat dekat sini. Tiada langsung. Ya ALLAH nak nangis,” katanya berkali-kali dengan nada penuh teruja.

Menurutnya, roti Gardenia khususnya perisa jagung amat sukar diperoleh di United Kingdom dan sudah hampir sedekad dia tidak berpeluang merasai kembali rasa yang mengingatkannya pada tanah air.

“Dekat sini memang langsung tak ada. Rasa macam balik Malaysia sekejap,” katanya dengan suaranya kedengaran bergetar sambil menahan air mata kegembiraan melihat makanan kegemarannya itu.

Video tersebut pantas meraih ribuan tanda suka dan komen warganet tanah air, terutama rakyat Malaysia di luar negara yang turut berkongsi pengalaman sama merindui makanan tempatan.

Menjengah di ruangan komen, ada juga wargenet yang mengakui mereka juga sanggup menempah makanan dari Malaysia walaupun kos penghantaran tinggi, semata-mata untuk mengubat rindu.

"Dulu saya pernah berangan untuk tinggal di luar negara, tetapi tidak lagi. Melihat kisah-kisah seperti ini membuat saya sedar bahawa Malaysia inilah rumah sebenar, tempat di mana saya akan bekerja dan menetap," kata warganet, skibidi goat rizzler.

"Dulu saya pergi UK pun akan borong siap-siap untuk makan. Roti sana biasa saja daripada Gardenia," kata pemilik akaun TikTok, IamLiyana17.

"Memang beginilah perasaan bila dapat pakej yang keluarga hantar dari Malaysia. Lagi-lagi roti Gardenia, biskut Hap Seng dan sambal," kongsi pengguna akaun TikTok, Mrs. Suhaini. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram