
MISTERI penemuan mayat seorang wanita di dalam sebuah kenderaan berhampiran Diamond Square dekat Setapak, Kuala Lumpur pada Selasa lalu akhirnya terjawab apabila polis mengesahkan tiada sebarang unsur jenayah dikesan.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail berkata, mayat wanita warga asing berusia 58 tahun itu ditemui sekitar pukul 11 pagi hasil maklumat orang awam.
“Pengecaman dilakukan anak mangsa dan dimaklumkan mangsa tidak pulang ke rumah sejak seminggu lalu.
BACA LAGI: [VIDEO] Anak kena tukul penagih dadah marah-marah di Bachok makin kritikal, bapa harap ‘keajaiban’
BACA LAGI: [VIDEO] Pura-pura ikut mencari, jiran terdekat rupa-rupanya dalang kes mayat anak tunggal dalam guni
"Pemeriksaan lanjut mendapati tiada kesan jenayah pada tubuh mangsa mahupun di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Misteri penemuan mayat seorang wanita di dalam sebuah kenderaan berhampiran Diamond Square dekat Setapak, Kuala Lumpur pada Selasa lalu akhirnya terjawab apabila polis mengesahkan tiada sebarang unsur jenayah dikesan. pic.twitter.com/C9wkVRul7B
— Nadine Ardine (@MoMoT_Nadine) September 26, 2025
Tambah beliau lagi, pemeriksaan mendapati tiada kesan atau unsur jenayah yang ditemui pada tubuh badan mangsa dan tempat kejadian.
"Mangsa juga didapati bukan pemilik kenderaan tersebut yang mana ia dipercayai tidak bergerak dan tidak berkunci sejak April lalu.
“Kes diklasifikasi sebagai mati mengejut (SDR) dan bedah siasat telah dijalankan pada Rabu lalu, namun punca kematian masih belum dapat ditentukan ‘pending’,” ujarnya.
Terdahulu, bau busuk yang menyelubungi kawasan premis perniagaan berhampiran membawa kepada penemuan mayat berkenaan di dalam kenderaan yang diletakkan di tepi jalan pusat komersial tersebut.
Turut tular beberapa video dan gambar orang awam mengerumuni tempat kejadian selepas mengetahui seorang wanita meninggal di dalam kenderaan itu. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram