
SEBUAH kisah menyentuh hati tular di media sosial selepas seorang wanita membantu warga emas melihat gambar cicitnya buat kali pertama.
Tindakan itu dibuat selepas beliau mendapati lelaki berusia tersebut gagal membuka mesej bergambar di telefon lamanya.
Menurut wanita berkenaan, lelaki itu pada mulanya menghampirinya untuk bertanya sama ada beliau pandai menggunakan telefon kerana tidak dapat membuka mesej bergambar yang dihantar cucunya.
BACA LAGI: Ibu mengaku bersalah tipu alamat rumah semata-mata nak daftar anak belajar di sekolah ‘popular’
Today, an older man asked me if I was good with phones because he couldn’t open a picture message his granddaughter sent him.
After I put Sienna in her pram, I looked at his phone. It was an old Nokia. Since it wasn’t a smartphone, I told him he probably couldn’t see the… pic.twitter.com/l8mGBRCtt7
— Crazy Vibes (@CrazyVibes_1) September 24, 2025
“Selepas meletakkan anak saya, Sienna ke dalam kereta sorong bayi, saya melihat telefonnya.
"Ia adalah telefon Nokia keluaran lama. Oleh kerana ia bukan telefon pintar, saya memberitahunya kemungkinan besar beliau tidak dapat melihat gambar tersebut,” katanya seperti yang dikongsikan di ciapan X (Twitter) pada Rabu.
Lelaki berkenaan kemudian kelihatan sangat sedih dan memaklumkan bahawa mesej tersebut mengandungi gambar cucunya bersama bayi baru lahir, iaitu cicitnya yang belum pernah ditemui kerana mereka tinggal jauh di Buxton, England, United Kingdom.
Prihatin dengan keadaan itu, wanita tersebut memindahkan mesej itu ke telefonnya sebelum berjaya membuka gambar berkenaan.
Saat lelaki tersebut melihat cicitnya buat pertama kali, beliau kelihatan sebak hingga bergenang air mata.
Jelas wanita itu lagi, lelaki berkenaan cuba memberikan wang £20 pound sterling (kira-kira RM113) sebagai tanda terima kasih untuk membeli mainan anaknya, namun beliau menolak.
Sebaliknya, beliau mengambil inisiatif mencetak gambar berkenaan di sebuah farmasi dan membeli bingkai untuk menghadiahkannya kepada warga emas itu.
“Apabila saya memberinya gambar yang sudah dibingkaikan, beliau begitu gembira dan sangat terharu.
"Hari saya terasa begitu indah kerana dapat melihat betapa bahagianya beliau hasil daripada bantuan kecil saya itu,” tulisnya.
Kisah itu menjadi perhatian ramai kerana menggambarkan betapa kecilnya bantuan boleh membawa makna besar kepada seseorang, lebih-lebih lagi dalam menghubungkan kembali kasih sayang keluarga yang terpisah oleh jarak. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram