Wanita maut, 2 parah khemah dihempap pokok tumbang dekat ‘campsite’ di Janda Baik


  • Kes
  • Jumaat, 19 Sep 2025

Mangsa yang merupakan seorang wanita dibawa ke hospital bagi proses bedah siasat.

SEORANG wanita maut sementara dua individu lain cedera selepas sebatang pokok tumbang dan menghempap khemah didiami mereka di tapak perkhemahan Pulau Santap dekat Janda Baik, Pahang.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada pukul 7.56 pagi.

"Seramai 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bentong bersama dua jentera dengan bantuan enam anggota Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Janda Baik dikerahkan ke lokasi kejadian.

BACA LAGI: Eryabysuria Resort Janda Baik mendamaikan dalam hutan

BACA LAGI: Banjir Janda Baik jejaskan pengusaha pusat peranginan

10 anggota bomba dan enam sukarelawan dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Komander operasi melaporkan terdapat pokok tumbang menghempap khemah di tapak terbabit dan seorang lelaki serta seorang kanak-kanak lelaki cedera, manakala seorang wanita dewasa meninggal dunia," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Dia berkata, pasukan bomba turut membuat pemeriksaan di sekitar kawasan berkenaan dan memotong pokok menggunakan gergaji.

Mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

"Dua mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Bentong menggunakan ambulans PBS Janda Baik," tambahnya. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram