
NASIB malang sememangnya kerap menimpa tanpa sebarang amaran dengan mereka yang mengalami sesuatu situasi hanya boleh menerima keadaan itu sambil mengambil pengajaran daripadanya.
Itulah apa yang dialami seorang penunggang teksi motosikal (ojek) apabila dia hampir mengalami kecelakaan ketika sedang melalui sebuah lorong kecil.
Perkara tersebut dahulu tular sekitar 2021 memaparkan individu tersebut terbabas selepas pagar rumah berhampiran tumbang dipercayai ketika ia sedang masih dibaiki.
BACA LAGI: [VIDEO] Ahli Parlimen Indonesia tak peduli rakyat demo di jalanan, asyik 'dugem' di kelab malam
Kejadian mengejut itu membuatkan penunggang motosikal berkenaan hilang kawalan sebelum melanggar kenderaan berwarna putih yang diletakkan berhampiran, namun tiada sebarang kecederaan serius dialami.
Bagaimanapun, dia tidak berasa marah atau berang akan insiden kecil itu, malah membantu individu yang berada di pagar tersebut dengan momen terbabit menceritakan ketenangan dimilikinya.
Tidak dapat dipastikan di manakah insiden itu berlaku dengan ada menyatakan kes berlaku di Indonesia sementara ada mengatakan kejadian terjadi di Vietnam berdasarkan nombor plat kenderaan dalam video terbabit.
Kisah tersebut sememangnya sudah lama berlalu, namun ia masih boleh dijadikan teladan kerana seseorang masih boleh menahan amarah meskipun baru sahaja ditimpa ujian.
Malah, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) itu sudah beribu kali dikongsikan, termasuk baru-baru ini apabila ia kembali tular sejak Rabu dengan orang ramai cukup kagum mengenainya. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram