
SEORANG penganggur ditahan selepas mencederakan bapanya berusia 70 tahun sebelum membakar rumahnya milik mangsa dalam sebuah kejadian di Kampung Tengah, Muar, Johor pada Rabu.
Ketua Polis Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, suspek berusia 32 tahun itu membakar kediaman tersebut yang turut merosakkan sebuah kereta dan motosikal.
"Sebelum kebakaran berlaku, suspek bertindak mencederakan dan merotan bapanya menggunakan rotan dan pisau dengan mangsa sudah dibawa ke Hospital Muar.
BACA LAGI: Remaja perempuan 14 tahun tikam ibu saudara di Pulau Pinang direman 3 hari, positif syabu
BACA LAGI: [VIDEO] Pemandu Wira pandu melulu di George Town ada 12 rekod jenayah
"Suspek kemudian ditahan dan didapati positif methamphetamine," katanya menerusi kenyataan pada Khamis.
Tambah Raiz, suspek yang turut mengalami kecederaan ringan disyaki turut mengalami masalah mental.
Kes disiasat di bawah Seksyen 436 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat menggunakan api dan Seksyen 324 Kanun sama kerana menyebabkan kecederaan. — The Star/YEE XIANG YUN
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram